Thursday, June 5, 2008

Terima Kasih Pak Lelah

‘Rakyat diminta agar tidak melakukan demontrasi. Harga minyak kita adalah yang paling rendah selepas Brunei. Brunei tu lain cita la, depa special kes’ begitulah kata-kata PM ketika mengumumkan kenaikan harga minyak semalam. Jebat cukup tergamam dengan berita kenaikan mendadak tersebut. Subsidi konon yang diberi untuk meringankan beban rakyat, kereta bawah 2000cc akan mendapat RM680 setahun makala motosikal bawah 250cc sebanyak RM120. Pak Lah, sejauh mana subsidi bodoh dan tidak berhati perut ini akan merinagnkan beban rakyat? Inikah yang dikatakan kerajaan yang mengutamakan rakyat?
Jebat dapat merasakan rintihan majority rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dimanakah kewajaran tindakan kerajaan tersebut. Pak Lah dan penasihat-penasihat, tidak kah anda semua terfikir akan penderitaan rakyat? Jangan letakkan rakyat di tempat Pak Lah. Pak Lah dan kroni pendapatan berpuluh ribu sebulan tetapi Jebat dan rakyat lain tidak. Kadang-kadang 2 ribu pon sudah cukup banyak bagi kami. Shahrir, tidak terfikir kah mengenai rakyat?
Pak Lah, biar Jebat ajar bagaimana menguruskan masalah minyak ini. Jebat sendiri mengakui, minyak merupakan masalah global. Kita tidak mengawal harga minyak dunia. Namun kita perlu sedar dan insaf bahawa kita Negara pengeluar minyak. Timbul persoalan dari kenyataan Badawi ini sendiri, ‘Brunei lain, depa special kes’ apa yang special nya, kita dan Brunei serupa, Negara pengeluar malahan Petronas kita lebih unggul.
Badawi, biar Jebat ajar.Apabila harga minyak dunia melambung, apa kesannya kepada Negara pengeluar? Jawapannya, Negara pengeluar akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Justeru itu, Petronas akan mendapat untung yang mungkin tahun ini lebih dari RM 80 bilion. Katakan lah keuntungan yang paling minima sebanyak 100 bilion. Sudah melebihi keuntungan tahun-tahun lepas. Jadi kata Najib subsidi kerajaan jika harga minyak terus begini adalah sebanyak 56 bilion, kita masih lagi untung. Tak kan Petronas tidak boleh menyumbang 56 bilion kepada Malaysia. Petronas masih lagi untung 44 bilion. Malaysia tidak kan muflis jika masih lagi menanggung subsidi tersebut.
Ini tidak termasuk dengan banyak lagi komuditi asas yang Malaysia menjadi antara pengeluar utama dunia. Kita mempunyai getah, kelapa sawit. Klau dilihat keuntungan syarikat-syarikat ini juga berlipat kali ganda. Masih lagi banyak cara untuk kita mengatasi masalah subsidi ini.
Pendek betul fikiran mu Pak Lah. Apa lagi beban yang hendak kau berikan kepada rakyat? Kau pasti tidak terasa walau secuit pun penderitaan kami. Kau masih lagi bersenang lenang di puncak kuasa. Mungkin sedikit gelisah akan gerakan Najib dan kuncu-kuncu, Mahathir dan isteri yang kian lama kian jelas pemberontakannya. Ini tidak lagi ditambah dengan diam-diam ubi Muhyidin Yasin.
Kerajaan BN dan penyokong yang taat sekalian, apakah kesan kenaikan minyak ini. Tolong jangan katakana harga barang akan terus kekal kerana itu merupakan pembohongan yang sangat bodoh sifatnya. Mungkin selepas ini anak Badawi ini kan menyuruh si Shahir memantau harga barang. Tapi seperti biasa, pantau tetap pantau tapi sekadar menuang air di daun keladi. Cakap sahaja banyak. Habuk pon tadak.
Kepada pengudi dan penyokong BN, terima kasih atas undi dan sokongan kalian. Lihat lah apa yang terjadi kepada bangsa dan Negara anda bila dipimpin oleh manusia bernafsu serakah. Mereka senang lenang, kami hidup menderita. Mana janji-janji BN untuk tidak menaikkan harga minyak? Mana pak lah?
Inilah akibat apabila Negara dipimpin oleh orang yang kurang bijak memimpin tetapi bijak merompak secara terang-terangan. Anak-anak kecil menangis mengharap sesuap makanan namun mereka dan kroni bersenang lenang. Harta mereka sampai tujuh keturunan pun tidak akan habis tapi rakyat, untuk hidup sampai ke bulan depan pun tidak pasti. Rakyat di saran mengubah cara hidup. Pak Lah, siapa yang harus berubah? Rakyat atau pemimpin yang korup dan serakah? Jebat disuruh berubah? Apa yang Jebat mampu lakukan? Mungkin pergi kerja menggunakan motosikal. Makan meggi setiap hari dan minum air suam. Jebat perlu mencari kerja ‘part time’ bagi menampung anak dan isteri. Tetapi apa pengorbanan imam besar islam hadhari ini? Beliau masih lagi berpakaian mahal, menggunakan pelbagai peralatan canggih, isteri si jin tu makin banyak barang perhiasan dari emas, menantu masih mampu menjual saham dalam syarikat yang bernilai jutaan ringgit.
Kini terpulang la kepada rakyat untuk menilai, sejauh mana kehebatan kerajaan 3 beranak ini mentadbir Malaysia bumi bertuah ini. Hasil banyak, tetapi duit kerajaan tak pernah cukup untuk rakyat marhaen.

'Raja Adil Raja Disembah'
'Raja Zalim Raja Disanggah"

-Jebat tidak pernah derhaka-

3 comments:

SaifulBashrie said...

selamat datang ke dunia bloggers ya jebat...
ebat sungguh karangan mu...menyanggah pemerintahan penuh
gah...menghunus tajam tanpa keris walopun cuma keyboard je ketik2 gitu.. wahahhaa...harap2..sukses2 la selalu...mari teroka ke dunia bloggers...jgn pulak nanti idup segan mati tak mahu ya..
---Selamat Datang Lagi Sekali---

Unknown said...

Lancang sguh mulutmu berbicara wahai Jebat.... Jebat...Jebat.... Tahniah saya ucapkan, syabas Jebat...syabas. Gaya bahasa yang anda lontarkan di ruangan ini jelas sekali menunjukkan kecetekan pemikiran anda. Tahukah anda bahawasanya seseorang pemimpin tidak membuat keputusan berdasarkan nafsu serakah sendiri semata2? Jika btul lah keputusan mutlak berada ditangan Pak Menteri Malaysia itu, mengapa masih wujud menteri2 lain dibawahnya. Pastinya jawapan yg akan Pak Jebat berikan kerana mereka telah dibayar gaji yg lumayan untuk melaksanakn tugas yg telah Pak Menteri arahkan. Jika benarlah itu jawapan anda wahai Pak Jebat, alangkah ruginya sebuah universiti melahirkan seorang graduan seperti anda. Nampaknya Pak Jebat masih belum layak mempersoalkan tindakan yg telah diambil oleh kerajaan. Apa lagi untuk bergelar warga kerajaan. Entah2, warga kerajaan yg ada ada nipun sama pemikirannya dgn Pak Jebat x? Huhuhu....Makan gaji dengan kerajaan, tapi menentang kerajaan? Nauzubillah....
2x5=10 ya Pak Jebat....Jgn marah....
Puteri sekadar mengutarakan pendapat puteri sambil2 memeriahkn blog 'canggih' Pak Jebat ni. Semoga berpuas hati dan tidur nyenyak di negara yg dijaga dengan baik & aman oleh kerajaan.

Puteri kesayangan ramai,
Anti pembangkang campuran.

sEmut said...

hoi puteri busuk..
ko masih dibuai mimpi gamaknya..atau mungkin kos hidup masih ditanggung oleh entah siapa.. biasa la perempuan.. tapi aku sgt bersetuju dgn jebat.. ini adalah realiti kehidupan.. terimalah seadanya.. jangan terlalu cepat mempercayai pimpinan sedia ada yg terbukti berat sebelah.. abah aku pun kerajaan.. tapi bila melibatkan hak rakyat, dia bangkit menentang.. ini demokrasi.. takkan semua kerja kerajaan kena tunduk bawah kangkang paklah?
think wisely dear princess..open your mind..explore the world of politics..and you'll find something is wrong..very wrong..