Jebat kira sudah boleh kita lakukan penilaian terhadap debat antara Anwar dan Shebiri-biri semalam. Banyak perkara yang menarik perhatian Jebat. Tahniah Jebat ucapkan kepada kedua-dua pihak, Anwar atas lontaran hujah bersendikan fakta, Shebiri-biri atas keberanian berdebat dengan Anwar.
Diawal perdebatan, Anwar bangkit dengan menghujahkan janji PR hari ini memerintah, esok harga minyak turun 50sen. Anwar menjelaskan secara terperinci dimana dan bagaimana kerajaan PR akan mendapatkan 5 bilion bagi menampung kekurangan tersebut. Bangkit Shebiri-biri, menegaskan bahawa usul perdebatan hanya boleh menggunakan harga lama minyak iaitu RM1.902 sen. Maka sebenarnya disinilah bermula kekecamukan dalam perjuangan Shebiri-biri dalam mempertahankan polisi dan dasar KERAjaan BN/UMNO. Beliau seawal mula berdebat, cuba untuk melarikan diri dari topik sebenar. Si shebiri-biri ini sepatutnya sedar, bahawa dengan mengungkit perkara ini, rakyat akan lebih marah. Mengapa Jebat katakan demikian, Jebat masih ingat lagi, janji BN dahulu, jika menang PRU12, harga minyak TIDAK akan naik. Ini baru beberapa bulan memerintah, minyak naik dengan mendadak. 70sen. Siapa yang tidak terkesan? Siapa yang berpuas hati. Jebat tidak, yang celik hatinya pun tidak cuma yang beria-ia menyokong adalah barisan MP BN dan juga penyokong-penyokong totok UMNO/BN.
Jebat juga berasa lucu bilamana dalam hujah Shebiri menyatakan bahawa negara-negara yang minyaknya murah, kadar inflasi nya tinggi. Mungkin ada benarnya di Iran dan Venuzuela namun jika kita bandingkan keadaan Arab Saudi, ia sebenarnya tidak berlaku. Jika benar inflasinya tinggi, mengapa semakin ramai rakyat negara kita menyumbangkan bakti disana. Memiih untuk bekerja di Arab Saudi berbanding Malaysia hinggakan kita terpaksa merayu agar mereka kembali. Lucu-lucu, kalau ingin berhujah, pastikan ada fakta. Jangan hanya bersandarkan sedap mulut bercakap sahaja.
Sedar ataupun tidak, sepanjang berdebat, Shebiri-biri kurang mengemukakan fakta. Hanya banyak menyerang peribadi Anwar dari zaman 70an hingga kezaman Tun Mamak. Luculah Shebiri-biri, kita berdebat megenai harga minyak semasa bukan sejarah kepimpinan Anwar. Kesian, berbuih-buih mulut si biri-biri ini berhujah, melakukan segala macam serangan peribadi namun sayang, bukan itu tuntutan usul perdebatan.
Kebobrokan perjuangan wakil KERAjaan BN ini makin terserlah bilamana Nordin Caddy yang seharusnya bertanyakan soalan telah bertindak seperti lebih sudu dari kuah. Memberi penerangan berbanding soalan. Tidak langsung berkaitan dengan usul. Lucu, inilah kualiti seorang Naib Canselor universiti. Sudah tentulah Anwar berhujah berdasarkan keadaan negara kita yag merupakan pengeluar ataupun net exporter minyak. Itulah gagasan usul maka itu yang dibuktikan. Sebab itu PR mempertikaikan mengapa harus minyak dinaikkan sedangkan kita mempunyai hasil yang cukup malahan kita menjual pula kepada pihak lain. Caddy biar Jebat jawab bagi pihak Anwar, memanglah PR mempersoalkan minyak, kerana berdasarkan keadaan semasa kenaikan inflasi negara adalah disebabkan kenaikan harga minyak. Maka jangan berbicara mengenai untuk mengurangkan inflasi seandainya punca permasaalahan itu tidak kita tangani. Ini yang perlu kita tekankan. Kerana itu harga minyak diperdebatkan. Bagi menjawab analogi anak si Caddy ini biar Jebat katakan, tidak salah anak-anak ini merasa akan harta tinggalan bapa mereka. Kerana anak-anak ini juga turut menyumbang, malahan anak-anak ini perlu dibela. Kita membela semua, bukan kroni atau sahabat terdekat.
Jebat juga hingga kesaat ini masih menanti jawapan untuk soalan dari wakil Anwar, Zulkifli, tahun 2006 naik 30 sen, kerajaan dapat jimat 4.3 bilion dan janji kerajaa ketika itu, wang ini akan dibelanjakan untuk menaiktarafkan perkhidmatan awam namun, hingga kehari ini, jumpalah yang dibelanjakan untuk perkhidmatan awam itu hanyalah kira-kira 800 juta. Dimana tirisnya hampir 3 bilion ringgit? Memang secara logik akal, tidak perlu kita tunjukkan perbelanjaan keseluruhan wang tersebut, namun perlu ada kesan terhadap penjimatan tersebut. Apa yang rakyat lihat kini, pengangkutan awam masih lagi seperti dulu. Sistem bas masih tidak berubah, masalah teksi sapu berleluasa, masalah teksi tak bermeter masih berlaku, kelewatan komuter masih terjadi, hubungan keretapi antara bandar tidak berubah, jadi dimana kesan menaika taraf pengangkutan awam ini. Ini bilamana kenaikan 70sen KERAjaan akan jimat sebanyak 13bilion. Persoalan, apa yang diperoleh oleh rakyat? Ya RM625 setahun. Terima kasih Pak Lelah. Mungkin pengampu-pengampu akan gembira, yang menangguk di air keruh juga gembira. Tapi cuba lihat kepada orang-orang kampung, yang membeli ikan dipasar, anak-anak keseklah, petani-petani, penoreh getah, pekerja kilang. Apa yang meraka dapat. Ini yang tidak dapat dibela dan diperhalusi oleh Biri-biri dalam debat tersebut.
Tidak cukup dengan itu, moderator perdebatan juga ibarat membunuh perjuangan Biri-biri bilamana bertanyakan soalan cepu emas kepada Anwar, perlukah beliau menjadi PM untuk membantu memberi idea kepada KERAjaan BN. Jawapan sinis Anwar cukup membuktikan kredibiliti beliau. Ketika berdebat itu, beliau bukan PM, sekadar penasihat PKR. Lucu-lucu. Anwar berhujah secara berkaitan dengan usul, ada kesimpulan, ada penegasan. Dan yang paling penting tidak melibatkan peribadi namun Biri-biri lebih kepada emosi dan serangan peribadi. sebagaimana lazimnya gaya seorang wakil UMNO.
Bagi mereka yang celik hati, pasti akan dapat menilai, yang mana kaca yang mana permata. Yang mana berhujah berdasarkan fakta dan yang mana merapu bertunjangkan fitnah. Bagi kawan-kawan diluar sana, fikirlah dengan hati yang terbuka. Kita memerlukan perubahan. Semakin lama kita begini, dibawah pimpinan KERAjaan 3 beranak, maka selagi itulah kita akan terbeban. Bagi Biri-biri, kotakan janji, letak jawatan kerana sesungguhnya anda tewas dalam perdebatan ini. Sesungguhnya keberanian sahaja tidak cukup untuk menyakinkan rakyat akan kewajaran tindakan menaikkan harga minyak. Anwar, terus kan perjuangan, walaupun dari kejauhan ini Jebat berasa kasihan mengenangkan nasibmu. Ingatlah, seandainya bukan rezeki anda menjadi PM, akan bangkit lagi ramai Anwar Ibrahim bagi membela bumi beruah ini.
~~Jebat~~
Simpati dengan golongan taksub BN/UMNO
Hanya memikirkan kantung sendiri berbanding rakyat