Heboh penyokong-penyokong UMNO mengatakan Anwar memecah belahkan umat Melayu. Anwar punca perbalahan dan perpecahan antara orang Melayu. Jebat terfikir dan tertanya-tanya, adakah kita, orang Melayu, pernah bersatu? Apakah yang dikatakan perpaduan Melayu? Adakah dengan sama ideologi politik maka kita katakan bersatu? Adaakah dengan sama kiblat hala tuju maka kita bersatu? Bagaimana keadaan bersatu yang diinginkan oleh penyokong-penyokong UMNO ini? Baiklah, biar Jebat katakan disini pendirian Jebat, Jebat katakan bahawa kita orang melayu, TIDAK pernah bersatu. Hatta dari zaman kesultanan melayu dahulu hinggalah ke zaman Malaysia kini. Melayu tidak pernah bersatu.
Jebat ke Parlimen pada hari Anwar ditangkap dan sempat menyaksikan wakil BN/UMNO batu Pahat berhujah dengan bersemangat menyatakan tentang perpaduan orang Melayu dan cara-cara membantu orang Melayu. Walaupun ucapan beliau membosankan namun intipati ucapan beliau sangat dalam, mengenai orang Melayu dan pembelaan. Sesuai dengan kononnya dengan parti yang diwakilinya UMNO, namun bukan ini yang ingin Jebat utarakan. Ketika YB ini sedang rancak berhujah mengenai pembelaan orang Melayu, tiba-tiba celahan diminta oleh YB dari PKR, orang India. Soalan beliau mudah sahaja. begini bunyinya" YB Batu Pahat, saya seorang India, beragama Hindu, ditangan saya ini terdapat satu surat, yang ditulis oleh YB Batu Pahat kepada beberapa orang kontraktor Bumiputera yang terdapat didaerah Batu Pahat. Dalam surat ini, YB menyatakan bahawa kontraktor-kontraktor Bumiputera melayu ini disenarai hitamkan oleh YB. Kenapa mereka disenarai hitamkan? Menurut YB, mereka ini disenarai hitam kerana disyaki mempunyai simpati dan menyokong Pembangkang. Jadi persoalan saya, dimana pembelaan YB selaku wakil UMNO yang beria-ia memperjuangkan nasib orang Melayu sanggup berbuat demikian terhadap bangsa YB sendiri hanya kerana mereka disyaki mempunyai simpati terhadap pembangkang". Terkedu Jebat bilamana soalan ini dikemukakan oleh YB PKR ini. Justeru itu apa jawapan YB Batu Pahat? Kata beliau, mereka disenarai hitam kerana mempunyai banyak syarikat, lebih 50 syarikat. Kepada yang celik hatinya, adakah jawapan YB Batu Pahat itu logik? Di dalam surat tersebut sudah menyatakan punca mereka disenarai hitamkan. YB ini cuba untuk mengelak, cuba menutup kesilapan yang dibuatnya. Cuba lari dari menjawab soalan tersebut. Ibarat menepuk air dalam dulang, tepercik ke muka sendiri. Cuba berbicara mengenai pembelaan orang Melayu, namun sendiri menikam bangsa sendiri. Inilah UMNO, hanya bertopengkan nama UMNO namun tindakan tidak menggambarkan kata-kata.
Perpaduan orang Melayu, adakah ia retorik atau satu impian yang mampu kita capai? Telah Jebat katakan sejak dari dahulu. kita TIDAK pernah bersatu. Apa punca kejathuan Melaka ditangan Portugis? Ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, berapa banyak puak-puak yang berada dalam kerajaan Melaka ketika itu. Yang menyokong Berdahara Tum Perak, yang meyokong Tun Mutakhir, yang menyokong Raja Kecil Besar dan banyak lagi. Dimana perpaduan orang Melayu ketika itu? Jebat katakan TIDAK ada. Kita terpecah dengan pelbagai pegangan dan ideologi. Tidak cukup dengan itu, peristiwa kemasukkan residen British ke Tanah Melayu, apa puncanya, kerana kita TIDAK bersatu. Berpuak-puak. Di Perak bagaimana perebutan kuasa antara pemerintah dan raja-raja. Di Negeri Sembilan, di Johor dan banyak lagi. Mana perpaduan Melayu? Tidak ada.
Maka timbul persoalan jika kita tidak bersatu bagaimana mungkin kita mencapai kemerdekaan dahulu? Jangan terasa jika Jebat katakan sebenarnya Melayu tidak bersatu ketika itu. Jika yang celik sejarah pasti mengetahui, UMNO ketika itu mempunyai krisis ideologi, satu pihak menyokong Datuk Onn yang menginginkan UMNO dibuka untuk semua kaum dan satu pihak lagi membangkang dengan menyatakan UMNO hanya untuk orang UMNO. Akhirnya Datuk Onn keluar parti menubuhkan Parti Negara. Inilah perpaduan Melayu/ Jebat katakan tidak. Tidak cukup dengan itu, kita melihat bagaimana golongan-golongan yang menentang Datuk Onn ini akhirnya ibarat mengkhianati perjuanag mereka dengan bersetuju untuk menubuhkan Perikatan walaupun idea ini merupakan idea Datuk Onn. Maka Melayu terpecah dua.
1 comment:
Abg Tuah sedikit bersetuju...
Post a Comment