Friday, July 18, 2008

Persoalan disebalik penangkapan Anwar....

Tersentuh hati kecil Jebat melihat bagaimana Anwar diperlakukan oleh polis-polis KERAjaan UMNO/BN. Belaiu ditahan oeh pasukan khas cawangan jenayah Bukit Aman. Cara penangkapan beliau seolah-olah beliau merupakan penjenayah no1 di Malaysia. Apa kesalahan Anwar? Apakah hanya kerana tidak tampil IPP KL hari sebelumnya untuk memberi keterangan, maka beliau layak untuk mendapat layanan sebegitu rupa? Jebat tidak menolak mengenai tangkapan kerana benar Anwar bersalah kerana tidak hadir, namun apa yang Jebat persoalkan, kenapa sebegitu caranya polis-polis ini harus bertindak? Bertopeng muka, bahaya sangatkah Anwar ini?
Baiklah sebagaimana lazim, biar Jebat huraikan permasalahan kekecohan ini. Rentetan masalah ini dimulakan oleh Shaiful yang mengadu diliwat oleh Anwar. Telah Jebat katakan, bahawa laporan si Shaiful ini boleh diragui. Hanya selepas bertemu Najib Kapal Selam, barulah beliau membuat laporan(Rujuk nukilan Jebat yang lepas untuk bacaan lanjut). Tidak cukup dengan itu, selepas hampir sebulan si Shaiful membuat laporan, Anwar langsung tidak pernah melihat salinan laporan tersebut walaupun telah diminta beberapa kali oleh peguam Anwar. Kenapa ini berlaku wahai Polis semua. Wahai ketua Polis, sila beri penjelasan. Jebat cabar. Jangan bila hendak menangkap Anwar cepat sahaja, namun pabila diminta laporan, sampai hari ini, tidak ada. Apa komen mu Musa Hassan?
Tidak cukup dengan itu, dalam akhbar-akhbar arus perdana kepunyaan BN/UMNO, Polis dengan lantang mengatakan, Anwar seharusnya berada di IPP KL selewat-lewatnya jam 2.00 petang. Jika tidak, tangkapan akan dibuat namun, belumpun jam 2.00 petang, jam 1.11 petang Anwar ditangkap. Wahai Polis, Kalau berdasarkan laporan akhbar tersebut, sepatutnya tangkapan hanya boleh dibuat selepas jam 2.00petang, tapi kenapa awal sangat? Sebab beliau Anwarkah? Atau mungkin sebab tersilap melihat jam ditangan?
Pabila ditanya kepada Hamid Albar, maka jabnya, tindakan itu diambil untuk mengatasi kekalutan yang akan berlaku jika Anwar ditahan selepas jam 2.00. Maka itu ia diawalkan. Albar kalau ingin menagkap awal, jangan bagi jeda masa. Ini tidak, selepas jeda mas diberi, cuba pula untuk memungkiri. Wahai Hamid Albar itu bukan alasan yang baik. Jangan cuba retorik. Kalau jam 2.00 tetap 2.00. Sedar ataupun tidak, sejak akhir-akhir ini, tindakan Hamid Albar ini memang boleh diragui.
Mari kita selusuri tindakan-tindakan Hamid Albar ini; dimulakan dengan cadangan untuk mengadakan eksasais antara Polis dan Tentera untuk mengawal keamanan.Kenapa agaknya ek? Kenapa Jebat kaitkan beliau, kerana Hamid Albar ini Menteri Dalam Negeri, maka Polis berada dibawah kuasa beliau. Selain itu, pada isnin lepas, Lembah Klang dilanda gejala kesesakkan jalan raya yang maha hebat. Kesesakkan yang membebankan. Kenapa? Kerana si Hamid Albar ini mengarahkan polis-polisnya mengadakan sekatan jalan raya disekitar Kuala Lumpur.Ingin tahu apa alasannya, mudah, bagi menjamin keselamatan ahli-ahli parlimen. Kerana ada khabar angina akan ada perhimpunan haram diParlimen. Biar kita lihat, apa sumber beliau? Kelakar bila Hamid Albar menyatakan antara sumbernya adalah blog-blog pembangkang. Agaknya, jika Jebat tulis, akan ada perhimpunan haram di Shah Alam esok maka pasti Hamid Albar ini akan membuat sekatan jalan raya ke Shah Alam. Luculah Hamid Albar. Dek kerana kebodohan beliau ini, maka rakyat dilembah klang menderita. Tersepit didalam sekatan dan kesesakkan jalan raya yang teruk.
Namun jika kita lihat disebalik kejadian itu, sebenarnya pada hari tersebut, PR telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah. Mungkin Hamid Albar resah dan takut, bosnya akan digulingkan. Namun beliau terlupa, Pak Lah mempunyai anjing lain, ada Pandikar Amin selaku YDP parlimen. Dengan mudah sahaja usul itu ditolak. Lega hati Hamid Albar dan Pak Lah begitu juga semua ahli KERAjaan yang lain.
Bagi Najib Kapal Selam pula, tindakan Polis itu betul. Tidak ada bezanya jika Anwar ditangkap 45minit sebelum 2 petang atau 15 minit awal. Gelak besar Jebat. Najib, jam 1.00petang tetap jam 1.00 bukan 2.00. Jebat tertanya-tanya mengapa begini kurang cerdek pemimpin-pemimpin kita? Najib, Jebat fahamlah, belajar pun tidak habis, sebab itu mungkin berasa ShaiFOOL sama seperti beliau. Budak tidak habis belajar. Bodoh tak boleh diajar. Sumber butiran percakapan Najib dan Hamid Albar boleh disaksikan di media arus perdana yang lain.
Buat yang melihat debat hari tu, kalian boleh saksikan, bagaimana lesunya Anwar. Adakah lelaki tua ini mampu untuk meliwat lelaki gagah seperti Shaiful? Yang Jebat Nampak, semangat pejuangannya tidak pernah padam walaupun jasadnya seperti makin menghalang. Jebat doakan Anwar sihat kembali, semoga Allah tunjukkan kebenaran dan semoga Shaiful kembali kepada jalan yang benar. Mengaku dengan nama Alah. Ketika Jebat menukilkan nukilan ini, alhamduliLah, Anwar telah dibebaskan. Syukur.

~~Jebat~~
Mengapa Menteri-menteri BN/UMNO berfikiran cetek?

4 comments:

Anonymous said...

weh aku ni peong.

Najib tu bukan sebab x habes belajar, cuma biasalah orang x cukup bakat memimpin bajet boleh memimpin. konon perasan ikut genetik ayahnya agaknya.

pasal masa tangkapan, kata mereka pukul 1 ke 45 minit sebelum ke sama je . kalau gitu, agaknya time puasa , bukak puasa sama ngan waktu kat sabah kot awal sejam. janji makan kan.

haha.. jam mahal tapi x tau tengok jam rupanya.

Jebat said...

Senyum Sinis,

Bukan Najib sahaja yang tidak cukup bakat, ramai lagi pemimpin-pemimpin BN/UMNO. Sebab apa ini terjadi? Jawapannya mudah, sudah menjadi tradisi UMNO/BN untuk mencantas pemimpin-pemimpin berbakat dari menjdi pemimpin mereka.

Biasalah, ibarat pepatah, melentur buloh, biar dari rebungnya, hendak mencantas pemimpin berbakat, biar cantas dari muda, jangan dah adapangkat, susah pulak.

~~Jebat~~
Kerana itu makin kurang kredibiliti orang yang memimpin kita

Ina said...

Adik Jebat,

I'd like to share something with you. If you have time, do check this website www.infernalramblings.com, it's written by a second year chinese student in the US. He has some brilliant point of views, so do check him out.

Jebat said...

Kak Ina,

Thanx for your info. I'll check it out.

Really appreciate your comments.