Sunday, July 20, 2008

Perpadua Melayu - Kepalsuan atau kenyataan.....

Heboh penyokong-penyokong UMNO mengatakan Anwar memecah belahkan umat Melayu. Anwar punca perbalahan dan perpecahan antara orang Melayu. Jebat terfikir dan tertanya-tanya, adakah kita, orang Melayu, pernah bersatu? Apakah yang dikatakan perpaduan Melayu? Adakah dengan sama ideologi politik maka kita katakan bersatu? Adaakah dengan sama kiblat hala tuju maka kita bersatu? Bagaimana keadaan bersatu yang diinginkan oleh penyokong-penyokong UMNO ini? Baiklah, biar Jebat katakan disini pendirian Jebat, Jebat katakan bahawa kita orang melayu, TIDAK pernah bersatu. Hatta dari zaman kesultanan melayu dahulu hinggalah ke zaman Malaysia kini. Melayu tidak pernah bersatu.
Jebat ke Parlimen pada hari Anwar ditangkap dan sempat menyaksikan wakil BN/UMNO batu Pahat berhujah dengan bersemangat menyatakan tentang perpaduan orang Melayu dan cara-cara membantu orang Melayu. Walaupun ucapan beliau membosankan namun intipati ucapan beliau sangat dalam, mengenai orang Melayu dan pembelaan. Sesuai dengan kononnya dengan parti yang diwakilinya UMNO, namun bukan ini yang ingin Jebat utarakan. Ketika YB ini sedang rancak berhujah mengenai pembelaan orang Melayu, tiba-tiba celahan diminta oleh YB dari PKR, orang India. Soalan beliau mudah sahaja. begini bunyinya" YB Batu Pahat, saya seorang India, beragama Hindu, ditangan saya ini terdapat satu surat, yang ditulis oleh YB Batu Pahat kepada beberapa orang kontraktor Bumiputera yang terdapat didaerah Batu Pahat. Dalam surat ini, YB menyatakan bahawa kontraktor-kontraktor Bumiputera melayu ini disenarai hitamkan oleh YB. Kenapa mereka disenarai hitamkan? Menurut YB, mereka ini disenarai hitam kerana disyaki mempunyai simpati dan menyokong Pembangkang. Jadi persoalan saya, dimana pembelaan YB selaku wakil UMNO yang beria-ia memperjuangkan nasib orang Melayu sanggup berbuat demikian terhadap bangsa YB sendiri hanya kerana mereka disyaki mempunyai simpati terhadap pembangkang". Terkedu Jebat bilamana soalan ini dikemukakan oleh YB PKR ini. Justeru itu apa jawapan YB Batu Pahat? Kata beliau, mereka disenarai hitam kerana mempunyai banyak syarikat, lebih 50 syarikat. Kepada yang celik hatinya, adakah jawapan YB Batu Pahat itu logik? Di dalam surat tersebut sudah menyatakan punca mereka disenarai hitamkan. YB ini cuba untuk mengelak, cuba menutup kesilapan yang dibuatnya. Cuba lari dari menjawab soalan tersebut. Ibarat menepuk air dalam dulang, tepercik ke muka sendiri. Cuba berbicara mengenai pembelaan orang Melayu, namun sendiri menikam bangsa sendiri. Inilah UMNO, hanya bertopengkan nama UMNO namun tindakan tidak menggambarkan kata-kata.
Perpaduan orang Melayu, adakah ia retorik atau satu impian yang mampu kita capai? Telah Jebat katakan sejak dari dahulu. kita TIDAK pernah bersatu. Apa punca kejathuan Melaka ditangan Portugis? Ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, berapa banyak puak-puak yang berada dalam kerajaan Melaka ketika itu. Yang menyokong Berdahara Tum Perak, yang meyokong Tun Mutakhir, yang menyokong Raja Kecil Besar dan banyak lagi. Dimana perpaduan orang Melayu ketika itu? Jebat katakan TIDAK ada. Kita terpecah dengan pelbagai pegangan dan ideologi. Tidak cukup dengan itu, peristiwa kemasukkan residen British ke Tanah Melayu, apa puncanya, kerana kita TIDAK bersatu. Berpuak-puak. Di Perak bagaimana perebutan kuasa antara pemerintah dan raja-raja. Di Negeri Sembilan, di Johor dan banyak lagi. Mana perpaduan Melayu? Tidak ada.
Maka timbul persoalan jika kita tidak bersatu bagaimana mungkin kita mencapai kemerdekaan dahulu? Jangan terasa jika Jebat katakan sebenarnya Melayu tidak bersatu ketika itu. Jika yang celik sejarah pasti mengetahui, UMNO ketika itu mempunyai krisis ideologi, satu pihak menyokong Datuk Onn yang menginginkan UMNO dibuka untuk semua kaum dan satu pihak lagi membangkang dengan menyatakan UMNO hanya untuk orang UMNO. Akhirnya Datuk Onn keluar parti menubuhkan Parti Negara. Inilah perpaduan Melayu/ Jebat katakan tidak. Tidak cukup dengan itu, kita melihat bagaimana golongan-golongan yang menentang Datuk Onn ini akhirnya ibarat mengkhianati perjuanag mereka dengan bersetuju untuk menubuhkan Perikatan walaupun idea ini merupakan idea Datuk Onn. Maka Melayu terpecah dua.

Friday, July 18, 2008

Persoalan disebalik penangkapan Anwar....

Tersentuh hati kecil Jebat melihat bagaimana Anwar diperlakukan oleh polis-polis KERAjaan UMNO/BN. Belaiu ditahan oeh pasukan khas cawangan jenayah Bukit Aman. Cara penangkapan beliau seolah-olah beliau merupakan penjenayah no1 di Malaysia. Apa kesalahan Anwar? Apakah hanya kerana tidak tampil IPP KL hari sebelumnya untuk memberi keterangan, maka beliau layak untuk mendapat layanan sebegitu rupa? Jebat tidak menolak mengenai tangkapan kerana benar Anwar bersalah kerana tidak hadir, namun apa yang Jebat persoalkan, kenapa sebegitu caranya polis-polis ini harus bertindak? Bertopeng muka, bahaya sangatkah Anwar ini?
Baiklah sebagaimana lazim, biar Jebat huraikan permasalahan kekecohan ini. Rentetan masalah ini dimulakan oleh Shaiful yang mengadu diliwat oleh Anwar. Telah Jebat katakan, bahawa laporan si Shaiful ini boleh diragui. Hanya selepas bertemu Najib Kapal Selam, barulah beliau membuat laporan(Rujuk nukilan Jebat yang lepas untuk bacaan lanjut). Tidak cukup dengan itu, selepas hampir sebulan si Shaiful membuat laporan, Anwar langsung tidak pernah melihat salinan laporan tersebut walaupun telah diminta beberapa kali oleh peguam Anwar. Kenapa ini berlaku wahai Polis semua. Wahai ketua Polis, sila beri penjelasan. Jebat cabar. Jangan bila hendak menangkap Anwar cepat sahaja, namun pabila diminta laporan, sampai hari ini, tidak ada. Apa komen mu Musa Hassan?
Tidak cukup dengan itu, dalam akhbar-akhbar arus perdana kepunyaan BN/UMNO, Polis dengan lantang mengatakan, Anwar seharusnya berada di IPP KL selewat-lewatnya jam 2.00 petang. Jika tidak, tangkapan akan dibuat namun, belumpun jam 2.00 petang, jam 1.11 petang Anwar ditangkap. Wahai Polis, Kalau berdasarkan laporan akhbar tersebut, sepatutnya tangkapan hanya boleh dibuat selepas jam 2.00petang, tapi kenapa awal sangat? Sebab beliau Anwarkah? Atau mungkin sebab tersilap melihat jam ditangan?
Pabila ditanya kepada Hamid Albar, maka jabnya, tindakan itu diambil untuk mengatasi kekalutan yang akan berlaku jika Anwar ditahan selepas jam 2.00. Maka itu ia diawalkan. Albar kalau ingin menagkap awal, jangan bagi jeda masa. Ini tidak, selepas jeda mas diberi, cuba pula untuk memungkiri. Wahai Hamid Albar itu bukan alasan yang baik. Jangan cuba retorik. Kalau jam 2.00 tetap 2.00. Sedar ataupun tidak, sejak akhir-akhir ini, tindakan Hamid Albar ini memang boleh diragui.
Mari kita selusuri tindakan-tindakan Hamid Albar ini; dimulakan dengan cadangan untuk mengadakan eksasais antara Polis dan Tentera untuk mengawal keamanan.Kenapa agaknya ek? Kenapa Jebat kaitkan beliau, kerana Hamid Albar ini Menteri Dalam Negeri, maka Polis berada dibawah kuasa beliau. Selain itu, pada isnin lepas, Lembah Klang dilanda gejala kesesakkan jalan raya yang maha hebat. Kesesakkan yang membebankan. Kenapa? Kerana si Hamid Albar ini mengarahkan polis-polisnya mengadakan sekatan jalan raya disekitar Kuala Lumpur.Ingin tahu apa alasannya, mudah, bagi menjamin keselamatan ahli-ahli parlimen. Kerana ada khabar angina akan ada perhimpunan haram diParlimen. Biar kita lihat, apa sumber beliau? Kelakar bila Hamid Albar menyatakan antara sumbernya adalah blog-blog pembangkang. Agaknya, jika Jebat tulis, akan ada perhimpunan haram di Shah Alam esok maka pasti Hamid Albar ini akan membuat sekatan jalan raya ke Shah Alam. Luculah Hamid Albar. Dek kerana kebodohan beliau ini, maka rakyat dilembah klang menderita. Tersepit didalam sekatan dan kesesakkan jalan raya yang teruk.
Namun jika kita lihat disebalik kejadian itu, sebenarnya pada hari tersebut, PR telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah. Mungkin Hamid Albar resah dan takut, bosnya akan digulingkan. Namun beliau terlupa, Pak Lah mempunyai anjing lain, ada Pandikar Amin selaku YDP parlimen. Dengan mudah sahaja usul itu ditolak. Lega hati Hamid Albar dan Pak Lah begitu juga semua ahli KERAjaan yang lain.
Bagi Najib Kapal Selam pula, tindakan Polis itu betul. Tidak ada bezanya jika Anwar ditangkap 45minit sebelum 2 petang atau 15 minit awal. Gelak besar Jebat. Najib, jam 1.00petang tetap jam 1.00 bukan 2.00. Jebat tertanya-tanya mengapa begini kurang cerdek pemimpin-pemimpin kita? Najib, Jebat fahamlah, belajar pun tidak habis, sebab itu mungkin berasa ShaiFOOL sama seperti beliau. Budak tidak habis belajar. Bodoh tak boleh diajar. Sumber butiran percakapan Najib dan Hamid Albar boleh disaksikan di media arus perdana yang lain.
Buat yang melihat debat hari tu, kalian boleh saksikan, bagaimana lesunya Anwar. Adakah lelaki tua ini mampu untuk meliwat lelaki gagah seperti Shaiful? Yang Jebat Nampak, semangat pejuangannya tidak pernah padam walaupun jasadnya seperti makin menghalang. Jebat doakan Anwar sihat kembali, semoga Allah tunjukkan kebenaran dan semoga Shaiful kembali kepada jalan yang benar. Mengaku dengan nama Alah. Ketika Jebat menukilkan nukilan ini, alhamduliLah, Anwar telah dibebaskan. Syukur.

~~Jebat~~
Mengapa Menteri-menteri BN/UMNO berfikiran cetek?

Wednesday, July 16, 2008

Debat Minyak... Anwar VS Starwberi@shebiri-biri 2

Jebat kira sudah boleh kita lakukan penilaian terhadap debat antara Anwar dan Shebiri-biri semalam. Banyak perkara yang menarik perhatian Jebat. Tahniah Jebat ucapkan kepada kedua-dua pihak, Anwar atas lontaran hujah bersendikan fakta, Shebiri-biri atas keberanian berdebat dengan Anwar.
Diawal perdebatan, Anwar bangkit dengan menghujahkan janji PR hari ini memerintah, esok harga minyak turun 50sen. Anwar menjelaskan secara terperinci dimana dan bagaimana kerajaan PR akan mendapatkan 5 bilion bagi menampung kekurangan tersebut. Bangkit Shebiri-biri, menegaskan bahawa usul perdebatan hanya boleh menggunakan harga lama minyak iaitu RM1.902 sen. Maka sebenarnya disinilah bermula kekecamukan dalam perjuangan Shebiri-biri dalam mempertahankan polisi dan dasar KERAjaan BN/UMNO. Beliau seawal mula berdebat, cuba untuk melarikan diri dari topik sebenar. Si shebiri-biri ini sepatutnya sedar, bahawa dengan mengungkit perkara ini, rakyat akan lebih marah. Mengapa Jebat katakan demikian, Jebat masih ingat lagi, janji BN dahulu, jika menang PRU12, harga minyak TIDAK akan naik. Ini baru beberapa bulan memerintah, minyak naik dengan mendadak. 70sen. Siapa yang tidak terkesan? Siapa yang berpuas hati. Jebat tidak, yang celik hatinya pun tidak cuma yang beria-ia menyokong adalah barisan MP BN dan juga penyokong-penyokong totok UMNO/BN.
Jebat juga berasa lucu bilamana dalam hujah Shebiri menyatakan bahawa negara-negara yang minyaknya murah, kadar inflasi nya tinggi. Mungkin ada benarnya di Iran dan Venuzuela namun jika kita bandingkan keadaan Arab Saudi, ia sebenarnya tidak berlaku. Jika benar inflasinya tinggi, mengapa semakin ramai rakyat negara kita menyumbangkan bakti disana. Memiih untuk bekerja di Arab Saudi berbanding Malaysia hinggakan kita terpaksa merayu agar mereka kembali. Lucu-lucu, kalau ingin berhujah, pastikan ada fakta. Jangan hanya bersandarkan sedap mulut bercakap sahaja.
Sedar ataupun tidak, sepanjang berdebat, Shebiri-biri kurang mengemukakan fakta. Hanya banyak menyerang peribadi Anwar dari zaman 70an hingga kezaman Tun Mamak. Luculah Shebiri-biri, kita berdebat megenai harga minyak semasa bukan sejarah kepimpinan Anwar. Kesian, berbuih-buih mulut si biri-biri ini berhujah, melakukan segala macam serangan peribadi namun sayang, bukan itu tuntutan usul perdebatan.
Kebobrokan perjuangan wakil KERAjaan BN ini makin terserlah bilamana Nordin Caddy yang seharusnya bertanyakan soalan telah bertindak seperti lebih sudu dari kuah. Memberi penerangan berbanding soalan. Tidak langsung berkaitan dengan usul. Lucu, inilah kualiti seorang Naib Canselor universiti. Sudah tentulah Anwar berhujah berdasarkan keadaan negara kita yag merupakan pengeluar ataupun net exporter minyak. Itulah gagasan usul maka itu yang dibuktikan. Sebab itu PR mempertikaikan mengapa harus minyak dinaikkan sedangkan kita mempunyai hasil yang cukup malahan kita menjual pula kepada pihak lain. Caddy biar Jebat jawab bagi pihak Anwar, memanglah PR mempersoalkan minyak, kerana berdasarkan keadaan semasa kenaikan inflasi negara adalah disebabkan kenaikan harga minyak. Maka jangan berbicara mengenai untuk mengurangkan inflasi seandainya punca permasaalahan itu tidak kita tangani. Ini yang perlu kita tekankan. Kerana itu harga minyak diperdebatkan. Bagi menjawab analogi anak si Caddy ini biar Jebat katakan, tidak salah anak-anak ini merasa akan harta tinggalan bapa mereka. Kerana anak-anak ini juga turut menyumbang, malahan anak-anak ini perlu dibela. Kita membela semua, bukan kroni atau sahabat terdekat.
Jebat juga hingga kesaat ini masih menanti jawapan untuk soalan dari wakil Anwar, Zulkifli, tahun 2006 naik 30 sen, kerajaan dapat jimat 4.3 bilion dan janji kerajaa ketika itu, wang ini akan dibelanjakan untuk menaiktarafkan perkhidmatan awam namun, hingga kehari ini, jumpalah yang dibelanjakan untuk perkhidmatan awam itu hanyalah kira-kira 800 juta. Dimana tirisnya hampir 3 bilion ringgit? Memang secara logik akal, tidak perlu kita tunjukkan perbelanjaan keseluruhan wang tersebut, namun perlu ada kesan terhadap penjimatan tersebut. Apa yang rakyat lihat kini, pengangkutan awam masih lagi seperti dulu. Sistem bas masih tidak berubah, masalah teksi sapu berleluasa, masalah teksi tak bermeter masih berlaku, kelewatan komuter masih terjadi, hubungan keretapi antara bandar tidak berubah, jadi dimana kesan menaika taraf pengangkutan awam ini. Ini bilamana kenaikan 70sen KERAjaan akan jimat sebanyak 13bilion. Persoalan, apa yang diperoleh oleh rakyat? Ya RM625 setahun. Terima kasih Pak Lelah. Mungkin pengampu-pengampu akan gembira, yang menangguk di air keruh juga gembira. Tapi cuba lihat kepada orang-orang kampung, yang membeli ikan dipasar, anak-anak keseklah, petani-petani, penoreh getah, pekerja kilang. Apa yang meraka dapat. Ini yang tidak dapat dibela dan diperhalusi oleh Biri-biri dalam debat tersebut.
Tidak cukup dengan itu, moderator perdebatan juga ibarat membunuh perjuangan Biri-biri bilamana bertanyakan soalan cepu emas kepada Anwar, perlukah beliau menjadi PM untuk membantu memberi idea kepada KERAjaan BN. Jawapan sinis Anwar cukup membuktikan kredibiliti beliau. Ketika berdebat itu, beliau bukan PM, sekadar penasihat PKR. Lucu-lucu. Anwar berhujah secara berkaitan dengan usul, ada kesimpulan, ada penegasan. Dan yang paling penting tidak melibatkan peribadi namun Biri-biri lebih kepada emosi dan serangan peribadi. sebagaimana lazimnya gaya seorang wakil UMNO.
Bagi mereka yang celik hati, pasti akan dapat menilai, yang mana kaca yang mana permata. Yang mana berhujah berdasarkan fakta dan yang mana merapu bertunjangkan fitnah. Bagi kawan-kawan diluar sana, fikirlah dengan hati yang terbuka. Kita memerlukan perubahan. Semakin lama kita begini, dibawah pimpinan KERAjaan 3 beranak, maka selagi itulah kita akan terbeban. Bagi Biri-biri, kotakan janji, letak jawatan kerana sesungguhnya anda tewas dalam perdebatan ini. Sesungguhnya keberanian sahaja tidak cukup untuk menyakinkan rakyat akan kewajaran tindakan menaikkan harga minyak. Anwar, terus kan perjuangan, walaupun dari kejauhan ini Jebat berasa kasihan mengenangkan nasibmu. Ingatlah, seandainya bukan rezeki anda menjadi PM, akan bangkit lagi ramai Anwar Ibrahim bagi membela bumi beruah ini.

~~Jebat~~
Simpati dengan golongan taksub BN/UMNO
Hanya memikirkan kantung sendiri berbanding rakyat

Saturday, July 12, 2008

Anwar VS Strawberi@shebiri-biri.....Debat minyak....

Belum ada kepastian namun debat antara Anwar dan Menteri Penerangan akan diadakan pada 15hb Julai ini bertempat di Dewan bahasa Dan Pustaka Kulala Lumpur. masanya Jebat kurang periksa. Namun debat ini mengikut laporan akhbar, hanya boleh diikuti oleh 200 orang jemputan sahaja. 100 jemputan khas, 50 penyokong Anwar dan 50 lagi penyokong totok BN UMNO. Usul perdebatan' hari ini memerintah, esok harga minyak turun'.
Pertama-tamanya Jebat ingin mengucapkan tahniah kepada strawberi atas kejantanannya menyahut cabaran dan berdebat dengan penasihat Parti Keadilan, DSAI. Dikala Pak Lelah dan Najib kapal selam tidak berani, maka tampillah stawberi busuk ini membodek bos-bos nya yang bacul untuk berdebat. Kenapa Jebat katakan bacul dan pengecut?
Pertama; kenaikan minyak ini merupakan idea Pak Lelah dan rakan-rakan, maka adalah baik jika beliau sendiri yang menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat. Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan, maka beliau lah orang yang paling layak. Bayangkan, seandainya Pak Lelah dapat membalas segala hujah DSAI dengan aik, maka rakyat akan faham dan imej Pak Lelah akan menjadi lebih baik.
Kedua, menghantar berdebat strawberi yang baru setahun jagung ini merupakan satu perjudian besar, kenapa? Jebat yakin dan percaya bahawa semua hujah-hujah beliau sudah diketahui oleh DSAI. Kerana BN dan UMNO sudah awal-awal lagi menerangkan kepada rakyat kenapa dan mengpa harga minyak perlu naik. Maka si strawberi ini kan berhujah dengan mengatakan, " harga minyak dunia naik, maka untuk mengurangkan penderitaan kerajaan, harga minyak terpaksa dinaikkan. Ini semua kerana harga minyak dunia. Bukan niat kerajaan untuk menyusahkan rakyat: Barangkali inilah hujah perdana bagi strawberi ini. Persoalannya, adakah ia mencukupi? Bagi Jebat yang memang sudah acapkali berdebat, adalah malang bagi seseorang itu sekiranya hujah-hujahnya telah diketahui oleh lawan. Pastinya starwberi akan terkangkang-kiak menerima bidasan dan cadangan DSAI.
Ketiga; umum mengetahui bahawa DSAI merupakan seorang orator yang hebat, maka untuk melawan beliau, Pak Lelah yang dikatakan hebat sepatutnya turun berdebat. Bukannya strawberi yang busuk ini. Mungkin Pak Lelah takut tertidur barangkali, maklum lah jika debat ini diadakan pada waktu malam, maka mungkin Pak Lelah boleh berdengkur. Kalau dalam perhimpunan UMNO boleh tidur, inikan pula ketika berdebat.
Justeru itu semangat membodek starwberi ini wajar dipuji. Seakan-akan sudah tahu untung nasib diakhir perdebatan, beliau sedia meletakkan jawatan jika gagal ketika berdebat. Syabas strawberi atau mungkin Shebiri-biri. Ingin berdebat dengan Anwar bilaman persediaan rapuh ibarat birir-biri bertarung dengan harimau garang. Pasti kesudahan cerita cukup menyayat hati, sudah la mati dibaham, tulang temulang dibakar orang. Cuma Jebat tertarik dengan Shabiri-biri ini, bilamana beliau sanggup melepaskan jawatan menteri. Ini baru anak jantan. Kalau kalah, seedia mengakui kegaggalan bukan macam pemimpin seorang itu, sudah terlepas 5 negeri pun, tetap tidak malu untuk menjadi pemimpin. Tidak seperti Si Shahir juga, dah kalah debat dengan Salahudin di TV1 masih tidak malu-malu lagi menjadi seorang menteri.
Diakhir nukilan ini, apa yang Jebat harapkan agar perdebatan ini akan menyedarkan golongan-golongan totok UMNO dan BN bahawa kerajaan sekarang ini sudah tidak mampu lagi membela rakyat. Berilah peluang kepada yang berkemampuan. Jangan dek kerana belum puas menjarah hasil bumi bertuah ini, maka rakyat dibiar menderita.

~~Jebat~~
Akan ada kemanisan diakhir perjuangan!!!

Monday, July 7, 2008

Masihkah ada keadilan di bumi bertuah ini????

Jebat termangu sendiri melihat atmosfera kekalutan dibumi bertuah ini. Tertanya-tanya, masihkah ada keadilan, adakah pembelaan terhadap insan yang memerlukan atau semuanya telah hanyut dimamah serakah dunia. Adakah setiap orang akan diadili secara adil? Atau yang berkuasa terkecuali dari undang-undang? Semua ini menjadi cebis-cebis igauan buat Jebat.
Mari kita lihat teori pentadbiran di bumi bertuah ini. Kuasa pentadbiran dibahagi kepada 3 Badan yang diketua oleh Yang DiPertuan Agong. Badan-Badan ini adalah Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Pemerintah. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, peranan dan bidang tugas yang tersendiri. Dalam bahasa mudah, tidak berkaitan antara satu dengan yang lain bagi menjamin ketelusan dan integriti. Namun dalam praktikalnya, badan Perundangan dan Badan Pemerintah salaing berkaitan antara satu dengan lain kerana Malaysia mengamalkan system kerajaan yang mana ahli-ahli badan perundangan adalah juga badan pemerintah. Maka secara logik akal, dua badan tidak lagi berasingan.
Apa dia fungsi setiap badan? Badan perundangan diketuai oleh Yang DiPertuan Agong. Dibantu oleh dua lagi komponen utama, Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Fungsi badan ini adalah untuk membuat undang-undang yang berkaitan untuk negara. Disinilah rang undang-undang dibahaskan sebelum ianya diluluskan. Disinilah semua YB-YB bersidang, berdebat, bertelagah menentukan untung nasib marhaen semua.
Badan Pemerintah pula melaksanakan kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan perlembagaan. Badan inilah terdapatnya PM, TPM dan para menteri-menteri yang lain. Kementerian-kementerian dan juga Jabatan Kerajaan. Disilah juga terdapat nya JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) yang mana polis juga dibawah badan ini dan juga angkatan bersenjata.
Badan yang terakhir adalah Badan Kehakiman, Fungsinya bergantung kepada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Ia menjalankan kuasa mengikut yang terkandung oleh kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak termasuk lagi dengan mahkamah syariah dan sebagainya.
Jika Jebat ceritakan fungsi badan ini satu persatu, maka kita akan melihat satu kesempurnaan bilamana kuasa-kuasa ini kita agihkan, namun secara sedar ataupun tidak bilamana terdapat tugas bertindan @ ‘redundant’ antara badan Perundangan dan Badan Pemerintah. Maka ini akan menghasilkan ‘conflict of interest’. Inilah kelemahan system yang kita guna pakai sekarang. Polis dan tentera dibawah kuasa badan Pemerintah. Maka adalah tidak keterlaluan jika Jebat katakana, Polis ini bekerja untuk badan Pemerintah.
Jika dizaman Tun Mamak, dahulu, badan Kehakiman turut berada dibawah kuasa badan Pemerintah. Jadi Tun Mamak ketika itu mempunyai kuasa mutlak!1 berkuasa di ketiga-tiga badan. Maka dizaman itu, kita lihat tidak ada kuasa yang mampu menandingi kuasa seorang PM. Kalau A kata Tun Mamak, maka A lah yang perlu dibuat. Jika Bapa Anwar salah guna kuasa maka salah guna kuasalah bapa Anwar.
Namun perkara ini cuba diubah oleh Pak Lelah, konon bagi mengembalikan pembahagian kuasa ini dengan mengembalikan kepada funsi asalnya. Jebat sedar, tindakan Pak Lelah ini bersebab; yang pertama untuk memperlihatkan kesilapan Tun Mamak dalam pemerintahan, kedua untuk menunjukkan bahawa dia seoarang yang telus dalam pentadbiran, ketiga membersihkan imejnya yang cukup tercela sejak PRU12 yang lalu. Justeru itu pelbagai pampasan telah dibuat kepada bekas-bekas hakim yang dipecat oleh Tun Mamak. Maka sejak dari itu, bekas-bekas hakim ini, mengutuk tindakan Tun Mamak ketika pemerintahannya. Imej Pak Lelah sedikit baik pada ketika itu. Namun bagi Jebat, pemberian pampas an atau ex-gratia itu tidak bermakna apa-apa. Tidak ada perubahan pun yang dilakukan. Ibarat menukar kulit buku tetapi isi kandungannya tetap sama. Rakyat tidak bodoh untuk menilai. Jebat juga begitu. Segala kuasa masih lagi ditangan Pak Lelah. Sama seperti zaman Tun Mamak. Orang dungu boleh la ditipu tetapi tidak bagi insan-insan yang celik akal dan fikirannya.
Mari kita tinjau badan Pemerintah. Disiniah terdapatnya para menteri, jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan awam, polis, tentera. Diketuai oleh Pak Lelah. Justeru itu timbul persoalan adakah polis benar-benar telus dalam menjalankan undang-undang? Untuk siapa polis ini? Kekedang dalam monolog sinis Jebat, Jebat rasakan polis ini hanya untuk marhaen dan golongan yang tidak mempunyai kepentingan dengan badan pemerintah dan perundangan. Maka jika rakyat melakukan kesalahan, pasti ada tindakan dan Jebat mengucapkan terima kasih atas ketelusan tersebut namun apabila ia melibatkan golongan-golongan tertentu, polis ini ibarat harimau yang tidak bertaring; tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Siapa golongan yang kebal dari undang-undang ini. Idak lain mereka yang menganggotai badan pemerintah yang diketuai oleh PM. Tuduhlah dengan pelbagai tuduhan dan polis akan menyiasat namun diakhir ceritera nanti, polis akan menegluarkan kenyataan bahawa bukti tidak mencukupi untuk mendakwa dan tuduhuan itu tidak berasas. Berapa ramai pemimpin politik BN dan kerajaan yang terlepas.Dari kes merogol hinggalah kepada pecah amanah. Kenapa keadilan ini tidak dapat dilaksanakan? Jawapan nya cukup mudah, kerana golongan ini kebal terhadap polis dan system undang-undang kita. Polis tidak akan melawan taukeh. Ibarat anjing yang tidak akan minggigit tangan yang memberi ia makan. Maka terlepaslah golongan ini. Kini Najib menghadapi tuduhan, Jebat dapat rasakan, dengan segala mekanisme yang ada, maka beliau akan terlepas. Namun perkara ini agak sulit bagi bapa Anwar walaupun beliau tidak bersalah kerana mekanisme yang ada mampu untuk membuat beliau bersalah. Hal ini juga berlaku kepada BPR. Bilamana kes-kes melibatkan orang-oarng awam, maka akan ada keputusan. Ini termasukkalah sesiapa yang tidak menyokong kerajaan, seperti Yong Teck Lee, yang mana segala najis yang dibuatnya dibongkar lantaran membnagkang Pak Lelah. Jika sebelum ini, si Yong itu ibarat bayi yang tidak ada dosa, namun kini beliau lah orag yang paling besar dosanya didalan Malaysia, Kes rasuahnya yang bernilai RM 5 Juta.
Justeru itu Jebat dengan rasa rendah diri mencadangkan agar perlu ada pembaharuan kepada system pemerintahan kita. Cukup lah selama 50 tahun rakyat diperbodohkan. Apa yang perlu dilakukan? Bagi Jebat cukup mudah. Kembalikan kuasa kepada yang hak. Tubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi polis dan BPR. Yang mana kuasa suruhanjaya ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak bagi menjamin integriti dan ketelusan. Pisahkan entti ini dari badan pemerintah agar conflict of interest tidak berlaku. Dan seandai nya ini dilaksanakan, maka tidak aka nada satu golongan pun di Malaysia ini yang kebal dari undang-undang negara. Maka BPR bukan hanya menangkap ikan bilis namun jerung besar seperti KJ, Pak Lelah, Najib, Muhyidin, Yong, Musa Aman, dan ramai lagi akan diberi pengadilan yang yang telus dan jujur.

~~Jebat~~
Jangan biarkan jerung terlepas lagi!!!

Friday, July 4, 2008

"Saya diliwati........." SyaiFOOL@anjing...

Terlebih dahulu Jebat ingin memohon maaf jika penulisan Jebat kali ini agak kasar dan biadap. Maklum jiwa memberontak Jebat kian bergelojak dengan kesumbangan dan kejijikan politik yang tidak bertuhan ini.
Masih tergiang-giang lagi kata-kata sahabat Jebat mengenai ucapan Tengku Razali ketika berceramah di Kelantan beberapa tahun dahulu. Kata beliau’ Kalau ambo masuk UMNO smulo, ambo jilat bontot Mahathir’ Pasti ramai yang tertanya, kenapa Jebat berminat dengan kata-kata tersebut.
Baiklah, kata-kata KuLi ini bagi Jebat sebenarnya menggambarkan betapa jijiknya politik UMNO. Jika KuLi pun sudah berkata demikian maka pastinya perkara ini sudah menjadi lumrah. Bontot-membontoti. Maka tidak hairanlah jika senjata utama untuk menjatuhkan seseorang bagi UMNO ialah melalui skandal-skandal hina ini. Pada Jebat, ianya bermula dari zaman Dr. M dan kini diteruskan oleh penggantinya Mr Clean @ Pak Lelah dan anak serta menantu. Jika skrip penceritaan 98 gagal dan tidak lengkap, maka skrip untuk sekuel keduanya digarap dengan teliti agar mampu menarik penonton@rakyat marhaen menyokong BN kembali.
Kini Bapa Anwar sedang digasak oleh anjing-anjing setia UMNO bagi menyelamatkan tuan mereka. Apa yang Jebat dapat lihat, Bapa Anwar juga bersalah. Beliau terlalu mudah mempercayai seseorang. Jebat hairan bagaimana orang sebijak Bapa Anwar begitu mudah mempercayai seseorang. Apa yang hebatnya dengan si SyaiFOOL@anjing itu? Hendak dikatakan bijak, bodoh sebenarnya. Hendak dikatakan pandai memimpin, tidak. Justeru apa yang dilihat oleh Bapa Anwar?
Mengapa si SyaiFOOL@anjing ini Jebat katakana bodoh, mari Jebat berikan nas-nas nya; pertama, si Anjing ini tidak pernah menamatkan pengajian di UNITEN. Nyata sekali dalam pelajarang beliau ini tidaklah sehebat mana. Jebat dahulupun pemimpin pelajar juga, bekas Timbalan Presiden MPP lagi, Bekas presiden persatuan Anak Negeri, menganggotai PALAPES, pasukan debat universiti yang menang pelbagai pertandingan debat dan pelbagai lagi yang Jebat tak mampu sebutkan. Namun itu bukan penghalang untuk Jebat menamatkan pengajian dalam tempoh masanya. Ramai lagi rakan-rakan Jebat yang aktif tetapi berjaya menanmatkan pengajian dalam tempoh yang diberikan. Namun si Anjing ini gagal. Bodoh kan anjing ini. Gong-gong-gong. Asyik menyalak sahaja.
Kedua, jika benar-benar hebat memimpin, maka seharusnya Anjing ini tidak akan menghadapi masalah untuk memimpin kehidupan peribadinya. Tahu membezakan mana yang hak dan batil. Tahu mana priority antara pelajaran dan berpesatuan. Biar Jebat ajar bagaiman untuk menjadi seorang pemimpin pelajar yang baik. Kerana anjing ini nyata sekali gagal.
Ketiga, sebagai seorang anak muda, sepatutnya tenaganya masih gagah, kudratnya masih perkasa namun apabila berhadapan dengan Bapa Anwar seperti yang didakwa didalam kondo, beliau dengan mudah menyerahkan bontotnya untuk dinikmati oleh seorang tua yang berumur 60 tahun. Bodoh sebodoh bodohnya anjing ini. Anak kecil pun mampu menendang, memukul ataupun yang paling teruk menjerit. Namun ini tidak berlaku kepada sorang yang kononnya pemimpin pelajar. Jebat terfikir, bagaimana anjing ini boleh memenangi pilihanraya pelajar diUNITEN? sudah tidak ada lagikah pemimpin pelajar di UNITEN?
Keempat, beliau menyatakan telah banyak kali diliwat, namun mengapa selepas berjumpa dengan Najib kapal selam, baru ingin membuat laporan? Bukankah bodoh namanya.Mungkin keenakan diliwat itu tidak sehebat duit yang disogok oleh Najib kapal selam ini. Mungkin dengan Najib Kapal Selam, akan dapat lebih dari liwat, perempuan barangkali. Maklumlah, Najib Kapal Selam memang terkenal dengan gelaran kaki betinanya.
Kelima, mari Jebat tunjukkan laporan polis anjing ini,
di petik dari [Rockybru] ....
'Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.'
Maknanya anjing ini tidak rela namun bagaimana mungkin ianya beberapa kali terjadi. Rela terpaksa atau rela nikmat?
Secara jujur Jebat tertunggu-tunggu apakah kesan siasatan FOOLis terhadap kes ini. Najib Kapal Selam dan Pak Lelah pasti akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memastikan Bapa Anwar bersalah. Mari kita sama –sama tunggu kesan eksasais antara FOOLis dan Tentera (akan Jebat huraikan nanti kalau berkesempatan) bagi menjaga keselamatan awam.

~~Pencak Jebat~~

Tuesday, July 1, 2008

Pesanan Anwar...

JUNE 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy. Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia. Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998. The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections. I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.ANWAR IBRAHIM

-dipetik oleh Jebat dari semutmalaysia.blogspot.com-

Monday, June 30, 2008

Anwar dan Liwat....

Bukan sekali beliau dituduh sebegitu. Jebat tertanya-tanya atas dasar apa sehingga beliau dikenakan tuduhan sebegitu jijik? Atas rasional apa liwat menjadi senjata terbaik menjatuhkan beliau? Tahun 98 Jebat begitu terkejut dengan tuduhan jijik ini. Namun telah terbukti segala tuduhan itu semuanya palsu. Bayangkan ketika itu, habis tilam-tilam yang dikatakan mempunyai kesan hubungan dilaknat itu dibuat. Bagaimana Sukma, adik angkat beluai disuruh(dipaksa) mengaku diliwat oleh tokoh besar ini. Pelbagai paksi palsu dan bobrok dibuat hanya untuk menjatuhkan beliau. Kesannya, beliau dipecat Tun Maha atas rasional Malaysia tidak boleh mempunyai pemimpin jijik perilakunya.
Kini, tuduhan sekali lagi dibuat oleh Muhd Saiful Bukhari Azlan. Geli hati Jebat, siapa anjing seekor ini. Anjing belaan siapa? siapa tuan anjing ini? Anjing bertuan atau anjing kurap yang dikutip oleh UNMO sebagai binatang peliharaan. Ups Jebat minta maaf jika terlalu awal membuat andaian, persis orang UMNO. Adik Saiful ini masih lagi mentah dalam dunia politik. Pada Jebat, beliau hanya merupakan kuda tunggangan pemimpin-pemimpin rakus. Baru berusia 23 tahun, namun sudah menjadi penasihat Anwar. Besar kepala mungkin.Jebat pun tidak mampu begitu walhal Jebat juga merupakan pemimpin pelajar di Universiti dahulu. Jebat lantang memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Si Saiful ini masih lagi belum tahu asam garam dunia jijik ini. Tapi Jebat tabik, Jebat mengaku, Jebat tidak mampu dan tidak mahu bergelumang dengan dunia kepura-puraan ini. Dunia pembelit.
Kini kita akan menyaksikan bagaimana dunia dihebahkan bagaimana Anwar meliwat Saiful, mungkin akan kita lihat, berpuluh-puluh tompokan mani ditilam-tilam hotel barangkali. Polis berjanji akan menyiasat sebaik mungkin, namun Jebat bagaikan sudah tahu apa kesudahannya. Mari kita imbas, kejadian bekas menteri yang mencabul pekerja sebuah hotel. Polis berjanji akan menyiasat walaupun kes itu secara tiba-tiba digugurkan oleh pengadu. Iyalah, Jebat faham, kes itu digugurkan setelah mendapat pampasan dari menteri tersebut, apa salahnya, hanya diraba bukan dirogol tapi kalau dorogol sekalipun, tidak mengapa, Pak Menteri boleh bagi pampasan yang setimpal.
Jebat tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi kepada Anwar? Jebat janya mampu berdoa, agar semua tuduhan itu palsu. Kerana Jebat tidak pasti. Bersalahkah atau tidak pemimpin rakyat ini.

-Jebat Pembela-

Thursday, June 26, 2008

Sejenak Bersama Ketua Pembangkang ( Datin Seri Wan Azizah Ismail)...

Jebat ke parlimen semalam. Bukan untuk berdebat, sekadar menghadiri perjumpaan bersama kenalan baru disana. Sudah beberapa kali Jebat menjejakkan kaki ke tempat suci ini. Tempat di mana segala undang-undang digubal, segala masalah rakyat dibangkitkan dan tempat berkumpulnya mereka-mereka yang dipilih oleh rakyat maupun hantu (pengudi hantu).
Hari ini Jebat agak bertuah, kerana dewan kembali bersidang selepas lama bercuti. Dapat lah Jebat melihat kelibat para YB, dengan pelbagai gelagat. Ada yang ketawa, ada yang sibuk berbual di telefon, ada yang terkejar-kejar masuk ke dewan persidangan dan pelbagai lagi. Dalam sepintas pandang, Jebat melihat Ku Li, Azmin, Radzhi Sheik Fadzil, YB PAS yang Jebat lupa namanya dan Datin Wan Azizah.
Mungkin sudah ditakdirkan, ketika Jebat ingin ketingkat 5 Parlimen, Datin Wan Azizah manggunakan lif yang sama dengan Jebat. Jebat agak terkejut namun hanya tersenyum bila bersua muka dengan beliau. Ketua pembangkang bagi Pakatan Rakyat di Parlimen. Ketika mula-mula menaiki lif, beliau sedang bercakap di telefon bimbit. Terdengar jugalah menganai BN dan usul yang tidak diluluskan oleh dewan. Sibuk sungguh Datin pada pandangan Jebat.
Selesai ditelefon Datin tersenyum kearah Jebat dan Jebat membalas senyuman wanita besi ini. Jarang Jebat mengalami situasi dimana orang yang berkedudukan menegur Jebat dan sudah menjadi tabiat Jebat hanya memerhati. Datin Wan menegur Jebat, bertanyakan mengenai tali leher yang Jebat pakai semalam. “ Student MCKK ye” ”Yes I was” kata Jebat. Cukup untuk memulakan perbualan singkat Jebat dengan Ketua Pembangkang ini. Perbualan Jebat berkisar mengenai MCKK dan tradisinya. Sempat juga Jebat berkirim salam kepada Dato’ Seri Anwar yang juga merupakan old boy di MCKK.
Apa yang membuatkan Jebat tertarik dengan wanita ini, adalah sikap keibuannya begitu terserlah. Bercakap dengan lemah lembut, seperti seorang ibu kepada anaknya. Tekadang Jebat terfikir bagaimana kesusahan beliau di era reformasi dahulu, ketika suami di dalam geriji besi atas dakwaan rasuah, liwat (adakah kerana Anwar budak Koleq maka tuduhan ini berasas?) dan salah guna kuasa. Bagaimana ibu ini mampu membesarkan anak-anak tanpa suami disisi. Ketika lift yang Jebat naiki ini mengalami masalah, Datin Nampak cuak. Membuat Jebat teringat ibu di kampung yang sama nalurinya bila berhadapan dengan keadaan yang tidak terduga.
Ketika Datin melangkah turun, sempat Jebat berpesan di dalam hati agar Datin terus dalam perjuangan membela rakyat dan semoga tidak ghairah dan alpa bilamana kuasa dating menduga kelak. Jauh disudut hati, Jebat berharap agar Jebat tidak perlu lagi mengamuk dan memberontak di gelanggang ini(gelanggangjebat.blogspot.com) bilamana Datin menjadi wanita pertama kelak lantaran keadilan dan kesaksamaan yang kalian berikan kepada Jebat dan marhaen yang lain.
Selamat berjuang Datin, moga perjuangan ini diberkati.

-Jebat-

Wednesday, June 25, 2008

Krisis Kuasa Selangor

Sedih, kecewa, marah, hampa dan segala macam perasaan menggambarkan Jebat ketika menulis ceritera ini. Baru Jebat berangan-angan untuk menulis kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh 100 hari menerima mandat rakyat. Jebat kecewz bilaman di negeri Jebat merantau, Selangor kini dihimpit masalah kepimpinan. Keluar parti, tidak percaya kepada pimpinan kerajaan negeri, penyaluran duit. Apa makna ini semua?
Adakah tempoh 100 hari sudah mampu mengubah dasar perjuangan? Adakah bilamana kita berkuasa, segalanya harus menjadi milik kita? Jebat kasihan melihat YAB Tan Sri Khalid bermati-matian mempertahankan kerajaan PR yang pertama di selangor. Beliau dilihat berseorangan. Timbul beberapa isu yag mengecewakan Jebat:

1) Perletakan Jawatan Yahya selaku Setiausaha PKR Selangor.
Bilaman MB menggantung tugas beliau, maka seharusnya beliau akur. Jebat bukan 100% menyokong MB namun perkara ini perlu dilihat dengan lebih positif. Bilamana Yahya disoal BPR dan kes masih dalam siasatan, maka adalah molek jika beliau direhatkan sebentar bagi menjaga imej negeri dan PR yang mengamalkan konsep ketelusan dan menghindar rasuah. Bilamana Yhya meletak jawatan, maka siapa yang rugi? Jebat dan yang lain pasti tertanya-tanya, jika tiada angin, masakan pohon nergoyang, jika tidak bersalah, mengapa harus melarikan diri? Jangan jadi seperti Najib dan Rosmah, sentasa lari diburu roh Altantuya.

2) Ketidakpuasan hati pemimpin PKR bahagian
Golongan ini mendakwa tidak berpuas hati denganMB kerana tidak memberikan jawatan kepada pejuang-pejuang keadilan. Lucu sungguh golongan ini. Masing-masing berhujah bahawa mereka sama-sama berjuang dari era 98 hingga kini, sama-sama disembur gas pemedih mata, dipukul dengan belantan dek kerana mempertahankan perjuangan. Dan bilamana berjaya, mereka ini ibarat di lupakan. Jebat ingin bertanya, apa motif kalian berjuang? Untuk mendapat jawatankah atau untuk keadilan, ketelusan rakyat? Jika untuk jawatan, maka sia-sialah perjuangan kalian. Tidak ada bezanya kalian dengan anjing-anjing pengampu BN dan UMNO. Bila diberi jawatan, setia tidak bertempat; bila tidak diberi jawatan, maka akan menyalak malahan akan menggigit tuan. Adakah semua orang politik begini? Hanya retorik dalam perjuangan.

3) Penyaluran duit sumbangan ke akaun PKR
Ini harus disiasat, walaupun Ezam yang menyalak, namun PR harus bertindak. Jangan dibiarkan anjing baru UMNO ini menyalak. Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan satu akaun khas yang mengumpulkan dana-dana ini. Tidak salah bagi Jebat jika digunakan untuk PKR namun, ia harus menjurus kepada kemaslahatan rakyat Selangor. Atas nama kerajaan negeri. Jebat tahu bahawa MB akan berbuat yang terbaik untuk rakyat kerana Jebat masih yakinakan ketulusan MB, namun jangan biarkan keyakinan ini terhakis dek keseronokan dan kealpaan dalam memimpin.

Jebat ingin mengingatkan, kelima-lima kerajaan PR sedang dalam proses penilaian rakyat. Jangan hampakan rakyat. Ingat 1 undi yang mereka berikan bererti sejuta pengharapan. Kerajaa Selangor juga harus ingat, Si KHIRzir TOYOl sedang memerhati dari jauh dan sedang tersenyum melihat keadaan semasa ini. Si penjarah UMNO ini pastikan gembira jika kita sering bercakaran dan bertelagah. Betulkan kembali kiblat perjuangan. Jangan biarkan pedih disiram gas pemedih mata berulang, lebam dipukul belantan kembali berdarah dek kerana kealpaan sendiri.

-Ikhlas dalam perjuangan-
Jebat

Tuesday, June 24, 2008

Kasihan Altantuya...


Jebat pernah berdiskusi bersama adinda Jebat yang baru berumur 13 tahun mengenai Altantuya. Ketika diawal-awal kes, Jebat hanya berasakan dia dibunuh disebabkan hubungan dengan Najib. Pada ketika itu, Jebat merasakan, Altantuya ini merupakan perempuan simpanan Najib. Namun dengan sinis adinda Jebat berkata, Altantuya ini dibunuh disebabkan dia mengetahui banyak rahsia kerajaan. Jebat tidak percaya pada mulanya, namun melalui pembacaan Jebat menggunakan media massa yang tidak menjadi anjing kerajaan, ternyata ada kebenaran kata-kata adinda bongsu Jebat itu.

Ketika Pak Lelah dihimpit masalah tsunami politik yang menggila, Najib pula dihantui oleh roh Altantuya yang tidak pernah tenteram. Najib tidak berkata apa-apa. Hanya menafikan penglibatannya dan isteri tercinta dalam kes tersebut. Namun Jebat terfikir, bagaimana pula dengan tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra(RPK) didalam blognya. RPK sudah bersumpah bahawa beliau ada bukti yang mengaitkan Rosmah dalam kes ini. Jebat masih menanti jawapan Najib.

Siapa Rosmah ini pada Jebat? Jebat tidak pernah bertemu dengan Rosmah namun pertalian saudara itu tetap ada. Rosmah ini dua pupu dengan Jebat, namun sepanjang hidup Jebat, belum sekali bersua muka. Menurut sumber rapat Jebat, Rosmah ini seorang yang angkuh, gila kuasa dan boros. Mungkin ingin menjadi Emelda Marcos yang kedua. Inilah wanita yang bakal menjadi wanita pertama Malaysia, itupun jika Najib masih boleh bertahan. Tapi secara logiknya, adakah seorang yang diragui kredibiliti dan dipenuhi skandal mampu menjadi PM?

Disini juga Jebat sertakan laporan rasmi RPK terhadap Rosmah, isteri Najib yang tercinta. Benar kat orang tua, cinta itu buta. Buta Najib kerana Rosmah, Hancur Najib kerana Altantuya.


-Jebat Pembela-

129 vs 78

Semalam Jebat tertunggu-tunggu sama ada usul “tidak percaya ke atas pimpinan PM’ akan dibuat di dewan rakyat atau tidak. Nyata ianya tidak berlaku, sebaliknya dewan yang mulia itu telah meluluskan usul kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Pak Lelah baru-baru ini. Sedih hati kecil Jebat, bilamana dewan yang mulia ini gagal memainkan peranannya membela rakyat. 129 menyokong dan 78 menentang. 129 ini merupakan tentera tentera Imam Hadhari. Inilah yang terjadi apabila dewan mulia ini dikuasai oleh juak-juak penjarah yang maha dahsyat. Jika konsep majority mudah digunakan maka dengan keadaan sekarang minta maaf kalau Jebat katakan’ sampai kiamat lah keputsan akan memihak kepada BN’.
Jebat sedar bahawa kita/ rakyat tidak boleh sentiasa bergantung kepada subsidi minyak. Betul, kerajaan boleh bangkrap kalau terus memberi subsidi. Namun apa yang Jebat tuntut ialah ketelusan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Dengan kadar inflasi 3.8 % tertinggi dalam tempoh beberapa tahun, adakah tindakan ini meringankan rakyat? Jebat katakan tidak. Berkali-kai Jebat bilang, jangan samakan bumi pertiwi ini dengan Amerika ataupun Britain yang mana harga minyaknya mahal. Mahal disana berpadanan dengan kuasa beli mereka. Kuasa beli kita hanya 1/3 dari mereka.
Jebat menuntut agar kerajaann lebih telus. Jika benar subsidi itu diagihkan kepada perkara-perkara lain, buktikan. Jika diambil 4 bilion, kemana 4 bilion itu dibelanjakan. Jangan jadi seperti peristiwa Sukhoi dan kapal selam. Belanja berbilion, hasilnya tidak dapat dilihat. Yang jelas makin besar perut Najib dan Rosmah.
Jebat juga menuntut agar pengangkutan awam dinaik tarafkan. Jadi tidak perlulah Jebat bersesak-sesak di stesen komuter menunggu komuter yang sentiasa lewt dan tidak menepati waktu perjalanan. Hairan Jebat bila memikirkan tingkah pak menteri kita, tidakkah mereka sedar baawa system pengangktan awam kita ini sebenarnya masih lagi di tahap kelas ke-3? Itulah, pergi keluar negeri selalu, tapi apa yang baik di sana tidak dapat dibawa ke bumi melayu ini. Kenyang makan duit rakyat. Jebat pernah ke Singapura dan menggunakan pengakutan awamnya. Jebat boleh katakana bahawa system disana sangat cekap. Jika jadual perjalanan pada jam 10 pagi maka bas akan bergerak pada jam itu juga. Bukan seperti di Malaysia, jam 10 jadual, jam 10.30 pon belum tentu jalan.
Jebat sudah jemu dengan segala karenah birokrasi dan retorik kerajaan. Cepat Pak Lelah, tunaikan janji-janji pilihanraya dulu. Jangan cakap kosong. Kasihanlah kepada orang-orang kampung yang buta-buta mengundi BN. Dapat kain batik, terus undi BN. Cepat Pak Lah, Jebat cabar. Jangan dilacurkan bumi bertuah ini lagi.

-Jebat Pembela-

Friday, June 20, 2008

Gejolak Hati Pak Lah

Belum sempat Imam Hadhari ini kebah dari demam denggi tsunami 8 march lalu, kini sheikh Abdullah semakin tenat. Pelbagai keputusan tidak bernoktah dibuat oleh Imam tua ini. Kenapa Jebat sebegitu biadap berkata demikian terhadap seorang Imam? Pertama biar Jebat katakan, Jebat tidak berimamkan Imam yang seorang ini. Imam Jebat, merupakan seorang pemimpin yang baik, bersih, adil, bijak, yang sememangnya layak menjadi Imam. Bukannya seorang yang dilantik untuk menyelamatkan kerusi negeri-negri utara pada PRU10 yang lalu selepas Anwar dibuang.
Baiklah, mengapa Jebat katakan keputusan-keputusan Imam ini tidak bernoktah. Sejak PRU12, Bn pimpinan Imam ini, telah diserang dari luar dan dalam. Bermula dengan serangan bekas Imam BN, Dr.M sehinggalah kepada penderhakaan Yong Teck Lee. Mari kita selusuri apa yang dilakukan oleh Imam tua ini untuk menyelamatkan ajaran,dan kiblat hadharinya.
Bermula dengan serangan Dr. M yang menyatakan punca kekalahan besar BN adalah kerana Imam tua ini. Nampak baik tapi....begitulah antara ayat-ayat Dr. M. Gesaan Dr. M ini disokong oleh anaknya, si Mukriz. Baru bergulumang dengan najis politik, sudah pandai melawan taukeh. Gesaan-gesaan ini nyata menjatuhkan kredibiliti seorang Imam. Namun mari kita intai, apa yang dilakukan oleh Imam ini. Dalam kes Dr. M, beliau hanya berdiam diri, mengatur strategi barangkali. Dan dalam kes mukhriz, keputusan diserahkan kepada Pemuda UMNO dengan alasan Mukhriz merupakan exco Pemuda. Ini yang melucukan, bagaimana seorang pemimpin parti, tidak mampu untuk membuat keputusan terhadap seorang yang boleh dikatakan pengkhianat kepada parti. Imam tua ini takut untuk mengambil tindakan, maka terlepaslah Mukhriz dari sebarang tindakan. Cuba kita bayangkan seandainya KJ mengkritik Dr. M semasa Dr. M menjadi PM. Pasti KJ akan dibuang, disepak dan dibodoh-bodohkan oleh Dr.M kerana berani menjadi petualang parti. Lihat sahaja Anawr, dijatuhkan dengan sejijik-jijiknya.
Selepas tidak dikenakan tindakan, Si Mukhriz ini telah menghantar surat rasmi, mendesak PM meletak jawatan. Cis, pantang anak Melayu menderhaka kepada PM. Ingin menjadi Jebat agaknya anak Mamak ini. Beliau selamat, kerana dizaman ini, tidak ada lagi Tuah, seekor anjing yang setia kepada tuannya walaupun diberikan najis sebagai makanan.
Tidak cukup dengan Dr.M dan keluarga, Muhyidin juga sudah berani mendesak peralihan kuasa. Bagilah kepada yang layak. Justeru, dimana kredibiliti seoarang Imam jika makmunnya sudah mula menidakkan Imam. Sah kan solat perjuangan mereka? Lucu sungguh. Penyakit kanser Imam ini semakin merebak bilamana Siak-siak parti komponen nya sudah mula bersuara. Si Sami sudah mula mengatakan BN tidak memperjuangkan nasib bangsa India, padahal beliau sudah bertahta selaku Sami utama di Sungai Siput berdekad lamanya. Nanah kanser ini semakin membusuk dengan kenyataan penasihat MCA bahawa Imam BN ini, mengikut nasihat orang-orang yang tidak betol. Terkasima Jebat, siapa penasihat-penasihat Imam ini? Urm mungkin penasihat-penasihat Imam ini merupakan penjarah-penjarah junior yang bertenggek di tingkat 4. Mereka inilah yang dilihat mencorakkan kareer Imam besar hadhari ini.
Dan yang paling terbaru, bilamana Si Yong, presiden SAPP mengatakan bahawa beliau telah hilang kepercayaan terhadap Imam ini hingga sanggup mencadangkan usul tidak percaya kepada Imam tua ini. Dasar tidak tahu diuntung si Yong ini, namun yang paling mencuri tumpuan, apakah keputusan Imam tua? hahahaha sebagaimana lazimnya, Imam ini tidak akan menghukum. Kata beliau' biaq laa SAPP tentukan sendiri, pada saya, tu keputusan Yong, bukan partinya'. Tergelak besar Jebat mendengar sabda Imam tua ini. SAPP yang sudah terang lagi bersuluh menyelar dan mengkhianat falsafah BN, ini tidak langsung dikenakan sebarang tindakan. Apa alasan imam ini. Dek kerana kelemahan ini maka akan bangkitlah lebih banyak lagi parti komponen yang biadap dan celupar kerana mereka tau, Imam ini sudah tua, sudah tidak berkuasa lagi, mungkin Izrael sudah menghampiri. Bersedialah wahai Imam. Tidak akan ada sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kepada para doktor diluar sana, Jebat merayu agar, tolonglah merawat Imam tua ini. Pimpinlah neliau sebelum maikn ramai lagi yang mufarrakah, keluar barisan dan menyertai PR.

Wednesday, June 11, 2008

Pengorbanan Suci: Rakyat atau Menteri?

Sekembali Jebat dari J'burg:

Ketika dunia dilanda krisis minyak dan makanan, Perdana Menteri kesayangan anak dan menantu mengarapkan pengorbanan semua pihak. Kata beliau, ubahlah cara hidup, jangan membazir dan sebagainya. Dan untuk permulaan, rakyat perlu bekorban, bekorban untuk menerima kenaikan gila harga minyak sebanyak 78sen. Apalah sangat dengan kenaikan 78sen tersebut kerana menurut Siak bagi Imam Hadhari, si Shahrir, sepatutnya minyak di jual dengan harga RM3 seliter sejajar dengan harga semasa. Baik, mari kita intai, apa pengorbanan besar yang dilakukan oleh para menteri kita. Sungguh terkesan Jebat melihat pengorbanan pemimpin pilihan rakyat ini (termasuk lah yang menang dengan undi pos dan undi hantu dan undi pendatang dan pelbagai undi lagi).


Besar sungguh pengorbanan Pak Lelah dan kabinetnya, elaun keraian PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong 10%. Selain itu, cuti berbayar kepada Menteri dan Timbalan Menteri kemana-mana destinasi telah dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan asean sahaja dan tidak melebihi seminggu. Dan apa yang lebih mengharukan, semua potongan dan pengorbanan ini benilai hampir 2 bilion. Sebelum Jebat membidas (maklumlah dah biasa mengkritik) mari Jebat tinjau elaun keraian yang diberikan kepada golongan menteri ini (sumber Berita Harian Selasa 10/06/08):
Sekarang Selepas dipotong 10%
Perdana Menteri RM 18, 865 RM 16,978.50
TPM RM 15,015 RM 13,513.50
Menteri RM 12,320 RM 11,088
Timb. Menteri RM 6,000 RM 5,400

Baiklah, sesi pembedahan kebobrokan pengorbanan suci Pak Lelah dan kabinetnya. Kata Pak Lelah, pemotongan sebanyak 10% ini akan dapat menjimatkan duit kerajaan sebanyak 2 bilion setahun. Jadi secara perkiraan kasar nya, kerajaan telah membazirkan sebanyak 18 bilion =90% setahun untuk segala elaun termasuklah elaun keraian bagi penjarah-penjarah ini.
Jadi amat mudah untuk kita ketahui bahawa sepanjang masa ini, sejak bertahun-tahun dahulu, sebanyak 20 bilion dihabiskan begitu sahaja untuk golongan penjarah ini. Apa kesan kepada rakyat hasil lawatan dan percutian mereka ke Luar Negara? Membawa seluruh keluarga berlibur di Kota-Kota besar dunia, hasil tiket-tiket rasmi yang diberikan oleh Kerajaan. Dan yang paling menyedihkan, duit-duit ini mungkin disalurkan oleh golongan rakyat marhaen yang membayar cukai. Secara konklusi nya, golongan-golongan ini pastinya tidakkan terkesan dengan kenaikan minyak ini. Mengapa mereka hanya sanggup mengorbankan 10% tidak 90%? Jika benar-benar jujur dan simpati, berikan 18 bilion itu kepada rakyat. Berikan dalam bentuk subsidi yang telus, bukan subsidi kepada kroni, rakan-rakan, anak beranak, menantu tercinta. Jika benar kerajaan semakin tenat menanggung subsidi, gunakanlah duit 18 bilion ini. Mengapa hanya ingin memuaskan nafsu golongan menteri ini, rakyat perlu disusahkan?
Baiklah sekarang Jebat ingin membedah elaun keraian Pah Lelah. Sebulan beliau mendapat RM 18, 865. Banyak tu Pak Lelah, Jebat perlu bekerja selama lebih 6 bulan untuk mendapat jumlah tersebut, itu pun masih lagi kurang setelah ditolak dengan cukai dan KWSP. Tapi Pak Lelah, urm tak perlu berlelah, setiap bulan pasti masuk elaun ini. Ini baru elaun, belum masuk elaunelaun lain sebagai pemimpin ulung negara. Ini tidak termasuk gaji sebagai seoarang penjarah harta.
Bagi marhaen yang bergaji hanya RM 1000 sebulan, beliau harus mengumpul gaji selama 18 bulan. Bayangkan lah kalau gaji itu lagi rendah. Jadi persoalannya, siapa yang benar-benar bekorban? Rakyatkah atau golonagn penjarah-penjarah ini? 2 bilion mungkin jumlah yang banyak namun adakah ianya sama dengan pengorbanan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga yang menggila. Ayam naik, ikan naik, sayur naik, tiket naik, minyak naik,gas naik, tol naik, entah lah apa lagi yang tinggal dan mampu dibeli oleh rakyat. Mari kita lihat pengorbanan mereka:
Dahulu Selepas Minyak naik 78sen
Ayam RM 6.00(purata) RM7.00
Gas Masak 12kg RM 20.50 RM21.50
Tiket Bas JB-KL RM 25.00 RM 60.00
Daging di ChowKit RM 20.00 RM 28.00

Pengorbanan rakyat mungkin tidak bernilai 2 bilion namun perbelanjaan meraka dengan gaji dan kemampuan kuasa beli mereka lebih dari 10% pendapatan mereka. Menteri hanya dipotong elaun 10%, namun rakyat, Jebat kira lebih 50% pengorbanan.
Pak Lah, telus lah dalam pemerintahan, jangan alpa dan sombong dengan gelaran Imam Besar Hadhari dan anak kepada Badawi seorang ulama. Insaflah dan kasihankan lah rakyat.

-Jebat Pembela-

Minyak 2

Belumpun 48 jam harga minyak naik, pelbagai implikasi telah berlaku. Harga barang semakin naik. Dimerata tempat harga semakin naik. Dari Perlis sampai lah ke Sabah, masyarakat marhaen semakin menderita. Jebat ketika menulis luahan ini sedang dalam perjalanan ke Johannesburg, Afrika Selatan. Ketika menaiki keretapi laju KLIA, Jebat terdengar perbualan dua orang warga emas berketurunan cina sedang berbual dalam bahasa inggeris mengenai polisi kerajaan kini. Kata mereka, Negara lain, yang miskin dibela, tetapi berbeza dengan bumi bertuah ini. Yang kaya semakin bayak pembelaan tetapi yang miskin semakin tersepit. Dalam bahasa mudah Jebat, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin.
Jebat tertanya-tanya, dimanakah pembelaan yang dijanjikan oleh kerajaan terhadap golongan sederhana dan miskin? Mungkin esok, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah bagi membantu kami, golongan marhaen ini. 4 langkah penting. Jebat tidak sabar untuk menilai, memuji barangkali atau menangisi tindakan tersebut. Besar harapan agar tindakan itu, tidak lagi menjadi bahan ketawa bagi rakyat marhaen ini.
Kenapa Jebat menyatakan demikian? Mudah untuk menjangkakan tindakan Pak Lah. Tindakan yang tidak berfikir panjang. Cuba kita renungkan kembali, pada 2 jun yang lalu, Kerajaan dengan gembira mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat negara jiran, TIDAK dibenarkan membeli miyak di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 50km dari sempadan. Ini dimulakan dengan Thailand pada 2 jun dan akan diikuti oleh rakyat Singapura pada 9 jun. Jebat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana Jebat mengerti, mereka tidak seharusnya menikmati hasil dari bayaran cukai rakyat marhaen. Namun bilamana kerajaan menaikkan harga minyak, tiba-tiba, larangan itu ditarik balik. Alsannya mudah, harga minyak kita hampir sama dengan mereka. Siapa yang tidak tertawa kelucuan dengan tindakan tersebut? Rakyat Singapura umpamanya, tidak langsung terusik. Mereka masih lagi dapat membeli minyak sama harganya dengan minyak yang dibeli oleh rakyat Malaysia kerana mereka langsung tidak terkesan dengan larangan yang lucu itu. Rakyat Thailand munking hanya 2 hari ‘berpuasa’ dari membeli minyak’ di Malaysia. Lucu sungguh Pak Lah. Bilamana hal ini berlaku, Jebat mula terfikir, apa kaitan Pak Lah dengan Singapura? Jebat masih belum berminat untuk mengulas. Mungkin dalam sedikit masa lagi.
Kesan kenaikan mendadak harga minyak, menyaksikan bagaimana, syarikat-syarikat bas membuat tindakan drastik dengan menaikkan harga tiket. Bukan sedikit sebaliknya ada kenaikan lebih 100%. Sebagai contoh, Jebat pernah ke Johor Baru, kira-kira 3 bulan yang lalu, tambang bas adalah sebanyak RM25, namun disebabkan hadiah Pak Lah, syarikat bas ini telah menaikkan harga tiket ke RM60. Bayangkan lah, berapa banyak implikasi yang dibawa oleh hadiah Pak Lah ini. Itu kes yang berlaku di selatan, di utara pula, harga gas dinaikkan sebanyak RM1. Jika dulu gas masak 12 kilo berharga RM20.50, kini ia menjadi RM21.50. Bila mana gas memasak naik, Jebat kira, semua tahu apa yang akan berlaku sedikit masa lagi. Tunggulah beberapa hari lagi, pasti banyak barangan keperluan lain yang akan naik. Pada ketika itu, Jebat akan menunggu tindakan Shahir. Jebat ingin melihat macam mana kuda tua ini menguruskan masalah rakyat setelah Shafie Afdal gagal secara total.
Jebat berharap, agar Pak Lah dapat menilai dengan mata hati bahawa rakyat bukan seperti Pak Lah. Jangan mengibaratkan rakyat sebagai bayangan sendiri didalam cermin kerana ia tidak adil. Pak Lah bermuka masam, berbaju mahal, beruban putih tetapi rakyat amat berbeza. Ada yang menangis, berpeluh mencari rezeki secupak, berpakaian ala kadar. Inilah golongan yang harus dibela. Pak Lah, bantulah kami. Jadilah ketua Negara yang adil. Jikalau YAB Lim Guan Eng hendak menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai role model, apa salahnya Pak Lah menjadikan Muhammad s.a.w sebagai model. Janganlah beria-ia menegakkan Islam Hadhari hanya kerana ianya ciptaan Pak Lah.

-Nukilan Jebat ke J’burg-

Thursday, June 5, 2008

Terima Kasih Pak Lelah

‘Rakyat diminta agar tidak melakukan demontrasi. Harga minyak kita adalah yang paling rendah selepas Brunei. Brunei tu lain cita la, depa special kes’ begitulah kata-kata PM ketika mengumumkan kenaikan harga minyak semalam. Jebat cukup tergamam dengan berita kenaikan mendadak tersebut. Subsidi konon yang diberi untuk meringankan beban rakyat, kereta bawah 2000cc akan mendapat RM680 setahun makala motosikal bawah 250cc sebanyak RM120. Pak Lah, sejauh mana subsidi bodoh dan tidak berhati perut ini akan merinagnkan beban rakyat? Inikah yang dikatakan kerajaan yang mengutamakan rakyat?
Jebat dapat merasakan rintihan majority rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dimanakah kewajaran tindakan kerajaan tersebut. Pak Lah dan penasihat-penasihat, tidak kah anda semua terfikir akan penderitaan rakyat? Jangan letakkan rakyat di tempat Pak Lah. Pak Lah dan kroni pendapatan berpuluh ribu sebulan tetapi Jebat dan rakyat lain tidak. Kadang-kadang 2 ribu pon sudah cukup banyak bagi kami. Shahrir, tidak terfikir kah mengenai rakyat?
Pak Lah, biar Jebat ajar bagaimana menguruskan masalah minyak ini. Jebat sendiri mengakui, minyak merupakan masalah global. Kita tidak mengawal harga minyak dunia. Namun kita perlu sedar dan insaf bahawa kita Negara pengeluar minyak. Timbul persoalan dari kenyataan Badawi ini sendiri, ‘Brunei lain, depa special kes’ apa yang special nya, kita dan Brunei serupa, Negara pengeluar malahan Petronas kita lebih unggul.
Badawi, biar Jebat ajar.Apabila harga minyak dunia melambung, apa kesannya kepada Negara pengeluar? Jawapannya, Negara pengeluar akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Justeru itu, Petronas akan mendapat untung yang mungkin tahun ini lebih dari RM 80 bilion. Katakan lah keuntungan yang paling minima sebanyak 100 bilion. Sudah melebihi keuntungan tahun-tahun lepas. Jadi kata Najib subsidi kerajaan jika harga minyak terus begini adalah sebanyak 56 bilion, kita masih lagi untung. Tak kan Petronas tidak boleh menyumbang 56 bilion kepada Malaysia. Petronas masih lagi untung 44 bilion. Malaysia tidak kan muflis jika masih lagi menanggung subsidi tersebut.
Ini tidak termasuk dengan banyak lagi komuditi asas yang Malaysia menjadi antara pengeluar utama dunia. Kita mempunyai getah, kelapa sawit. Klau dilihat keuntungan syarikat-syarikat ini juga berlipat kali ganda. Masih lagi banyak cara untuk kita mengatasi masalah subsidi ini.
Pendek betul fikiran mu Pak Lah. Apa lagi beban yang hendak kau berikan kepada rakyat? Kau pasti tidak terasa walau secuit pun penderitaan kami. Kau masih lagi bersenang lenang di puncak kuasa. Mungkin sedikit gelisah akan gerakan Najib dan kuncu-kuncu, Mahathir dan isteri yang kian lama kian jelas pemberontakannya. Ini tidak lagi ditambah dengan diam-diam ubi Muhyidin Yasin.
Kerajaan BN dan penyokong yang taat sekalian, apakah kesan kenaikan minyak ini. Tolong jangan katakana harga barang akan terus kekal kerana itu merupakan pembohongan yang sangat bodoh sifatnya. Mungkin selepas ini anak Badawi ini kan menyuruh si Shahir memantau harga barang. Tapi seperti biasa, pantau tetap pantau tapi sekadar menuang air di daun keladi. Cakap sahaja banyak. Habuk pon tadak.
Kepada pengudi dan penyokong BN, terima kasih atas undi dan sokongan kalian. Lihat lah apa yang terjadi kepada bangsa dan Negara anda bila dipimpin oleh manusia bernafsu serakah. Mereka senang lenang, kami hidup menderita. Mana janji-janji BN untuk tidak menaikkan harga minyak? Mana pak lah?
Inilah akibat apabila Negara dipimpin oleh orang yang kurang bijak memimpin tetapi bijak merompak secara terang-terangan. Anak-anak kecil menangis mengharap sesuap makanan namun mereka dan kroni bersenang lenang. Harta mereka sampai tujuh keturunan pun tidak akan habis tapi rakyat, untuk hidup sampai ke bulan depan pun tidak pasti. Rakyat di saran mengubah cara hidup. Pak Lah, siapa yang harus berubah? Rakyat atau pemimpin yang korup dan serakah? Jebat disuruh berubah? Apa yang Jebat mampu lakukan? Mungkin pergi kerja menggunakan motosikal. Makan meggi setiap hari dan minum air suam. Jebat perlu mencari kerja ‘part time’ bagi menampung anak dan isteri. Tetapi apa pengorbanan imam besar islam hadhari ini? Beliau masih lagi berpakaian mahal, menggunakan pelbagai peralatan canggih, isteri si jin tu makin banyak barang perhiasan dari emas, menantu masih mampu menjual saham dalam syarikat yang bernilai jutaan ringgit.
Kini terpulang la kepada rakyat untuk menilai, sejauh mana kehebatan kerajaan 3 beranak ini mentadbir Malaysia bumi bertuah ini. Hasil banyak, tetapi duit kerajaan tak pernah cukup untuk rakyat marhaen.

'Raja Adil Raja Disembah'
'Raja Zalim Raja Disanggah"

-Jebat tidak pernah derhaka-

Wednesday, June 4, 2008

Jebat - Satu permulaan

Sejarah menunjukkan bahawa Jebat adalah penderhaka. Mengamuk dan menjatuhkan Sultan Melaka yang berdaulat. Merajai kedaulatan istana Melaka. Nyawa menjadi galang. Seni pencak silat Jebat, memang tiada tandingnya hatta sang Rajuna Tapa pun mengakui bahawa Jebat lenih unggul berbanding Tuah.
Namun siapa yang mampu mengubah takdir, Jebat tewas ditangan Tuah. Se Melaka berpesta kematian Jebat, Tuah disanjung. Sejujurnya, Jebat tidak salah juga tidak betul. Jebat hanya berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan. Tuah juga tidak salah, berpegang kepada prinsip kesetian.
Bilamana Jebat mendeehaka, adakah beliau benar-benar derhaka? Kepada siapa Jebat derhaka? Siapakah yang dibela Jebat? Salahkah Jebat menentang korupsi yang berterusan di Istana Melaka hinggakan Pateh Kerma Wijaya mampu membodek, memfitnah dan memperolok-olok kan Sultan Melaka?
Tuah membunuh Jebat bukan kerana ketangkasan pencak nya. Tuah berjaya kerana kerelaan Jebat yang kecewa melihat orang yang dibelanya masih begitu setia dengan prinsip setia melulu. Jebat merelakan Taming Sari berpindah ke Tuah. Biarpun ada pertembungan, namun sudah jelas, Jebat tidak mahu bertarung. Hanya sekadar pelngkap cerita bahawa biarlah Tuah menang kerana bertarung. Jasad Jebat mungkin hancur dimamah bumi, namun semangat Jebat, kan sentiasa bersama pejuang-pejuang kebenaran. Biarlah sebanyak mana Tuah yang datang, Jebat tetap Jebat.
Semangat Jebat ini akan dibawa dan akan diperjuangkan bagi membentuk satu keadilan dan keamanan. Selamat datang Jebat baru. Semoga kehadiran Jebat, akan dapat memperjuangkan nasib rakyat yang makin tertindas oleh kerakusan Patih Kerma Wijaya moden dan Sultan Melaka baru. Semoga Jebat akan terus melawan walaupun Tuah versi ISA dan Polis makin berleluasa.

'Raja Adil Raja disembah'
'Raja Zalim Raza disanggah'

-Jebat tidak pernah derhaka-