Tuesday, June 24, 2008

129 vs 78

Semalam Jebat tertunggu-tunggu sama ada usul “tidak percaya ke atas pimpinan PM’ akan dibuat di dewan rakyat atau tidak. Nyata ianya tidak berlaku, sebaliknya dewan yang mulia itu telah meluluskan usul kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Pak Lelah baru-baru ini. Sedih hati kecil Jebat, bilamana dewan yang mulia ini gagal memainkan peranannya membela rakyat. 129 menyokong dan 78 menentang. 129 ini merupakan tentera tentera Imam Hadhari. Inilah yang terjadi apabila dewan mulia ini dikuasai oleh juak-juak penjarah yang maha dahsyat. Jika konsep majority mudah digunakan maka dengan keadaan sekarang minta maaf kalau Jebat katakan’ sampai kiamat lah keputsan akan memihak kepada BN’.
Jebat sedar bahawa kita/ rakyat tidak boleh sentiasa bergantung kepada subsidi minyak. Betul, kerajaan boleh bangkrap kalau terus memberi subsidi. Namun apa yang Jebat tuntut ialah ketelusan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Dengan kadar inflasi 3.8 % tertinggi dalam tempoh beberapa tahun, adakah tindakan ini meringankan rakyat? Jebat katakan tidak. Berkali-kai Jebat bilang, jangan samakan bumi pertiwi ini dengan Amerika ataupun Britain yang mana harga minyaknya mahal. Mahal disana berpadanan dengan kuasa beli mereka. Kuasa beli kita hanya 1/3 dari mereka.
Jebat menuntut agar kerajaann lebih telus. Jika benar subsidi itu diagihkan kepada perkara-perkara lain, buktikan. Jika diambil 4 bilion, kemana 4 bilion itu dibelanjakan. Jangan jadi seperti peristiwa Sukhoi dan kapal selam. Belanja berbilion, hasilnya tidak dapat dilihat. Yang jelas makin besar perut Najib dan Rosmah.
Jebat juga menuntut agar pengangkutan awam dinaik tarafkan. Jadi tidak perlulah Jebat bersesak-sesak di stesen komuter menunggu komuter yang sentiasa lewt dan tidak menepati waktu perjalanan. Hairan Jebat bila memikirkan tingkah pak menteri kita, tidakkah mereka sedar baawa system pengangktan awam kita ini sebenarnya masih lagi di tahap kelas ke-3? Itulah, pergi keluar negeri selalu, tapi apa yang baik di sana tidak dapat dibawa ke bumi melayu ini. Kenyang makan duit rakyat. Jebat pernah ke Singapura dan menggunakan pengakutan awamnya. Jebat boleh katakana bahawa system disana sangat cekap. Jika jadual perjalanan pada jam 10 pagi maka bas akan bergerak pada jam itu juga. Bukan seperti di Malaysia, jam 10 jadual, jam 10.30 pon belum tentu jalan.
Jebat sudah jemu dengan segala karenah birokrasi dan retorik kerajaan. Cepat Pak Lelah, tunaikan janji-janji pilihanraya dulu. Jangan cakap kosong. Kasihanlah kepada orang-orang kampung yang buta-buta mengundi BN. Dapat kain batik, terus undi BN. Cepat Pak Lah, Jebat cabar. Jangan dilacurkan bumi bertuah ini lagi.

-Jebat Pembela-

No comments: