Wednesday, June 11, 2008

Minyak 2

Belumpun 48 jam harga minyak naik, pelbagai implikasi telah berlaku. Harga barang semakin naik. Dimerata tempat harga semakin naik. Dari Perlis sampai lah ke Sabah, masyarakat marhaen semakin menderita. Jebat ketika menulis luahan ini sedang dalam perjalanan ke Johannesburg, Afrika Selatan. Ketika menaiki keretapi laju KLIA, Jebat terdengar perbualan dua orang warga emas berketurunan cina sedang berbual dalam bahasa inggeris mengenai polisi kerajaan kini. Kata mereka, Negara lain, yang miskin dibela, tetapi berbeza dengan bumi bertuah ini. Yang kaya semakin bayak pembelaan tetapi yang miskin semakin tersepit. Dalam bahasa mudah Jebat, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin.
Jebat tertanya-tanya, dimanakah pembelaan yang dijanjikan oleh kerajaan terhadap golongan sederhana dan miskin? Mungkin esok, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah bagi membantu kami, golongan marhaen ini. 4 langkah penting. Jebat tidak sabar untuk menilai, memuji barangkali atau menangisi tindakan tersebut. Besar harapan agar tindakan itu, tidak lagi menjadi bahan ketawa bagi rakyat marhaen ini.
Kenapa Jebat menyatakan demikian? Mudah untuk menjangkakan tindakan Pak Lah. Tindakan yang tidak berfikir panjang. Cuba kita renungkan kembali, pada 2 jun yang lalu, Kerajaan dengan gembira mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat negara jiran, TIDAK dibenarkan membeli miyak di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 50km dari sempadan. Ini dimulakan dengan Thailand pada 2 jun dan akan diikuti oleh rakyat Singapura pada 9 jun. Jebat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana Jebat mengerti, mereka tidak seharusnya menikmati hasil dari bayaran cukai rakyat marhaen. Namun bilamana kerajaan menaikkan harga minyak, tiba-tiba, larangan itu ditarik balik. Alsannya mudah, harga minyak kita hampir sama dengan mereka. Siapa yang tidak tertawa kelucuan dengan tindakan tersebut? Rakyat Singapura umpamanya, tidak langsung terusik. Mereka masih lagi dapat membeli minyak sama harganya dengan minyak yang dibeli oleh rakyat Malaysia kerana mereka langsung tidak terkesan dengan larangan yang lucu itu. Rakyat Thailand munking hanya 2 hari ‘berpuasa’ dari membeli minyak’ di Malaysia. Lucu sungguh Pak Lah. Bilamana hal ini berlaku, Jebat mula terfikir, apa kaitan Pak Lah dengan Singapura? Jebat masih belum berminat untuk mengulas. Mungkin dalam sedikit masa lagi.
Kesan kenaikan mendadak harga minyak, menyaksikan bagaimana, syarikat-syarikat bas membuat tindakan drastik dengan menaikkan harga tiket. Bukan sedikit sebaliknya ada kenaikan lebih 100%. Sebagai contoh, Jebat pernah ke Johor Baru, kira-kira 3 bulan yang lalu, tambang bas adalah sebanyak RM25, namun disebabkan hadiah Pak Lah, syarikat bas ini telah menaikkan harga tiket ke RM60. Bayangkan lah, berapa banyak implikasi yang dibawa oleh hadiah Pak Lah ini. Itu kes yang berlaku di selatan, di utara pula, harga gas dinaikkan sebanyak RM1. Jika dulu gas masak 12 kilo berharga RM20.50, kini ia menjadi RM21.50. Bila mana gas memasak naik, Jebat kira, semua tahu apa yang akan berlaku sedikit masa lagi. Tunggulah beberapa hari lagi, pasti banyak barangan keperluan lain yang akan naik. Pada ketika itu, Jebat akan menunggu tindakan Shahir. Jebat ingin melihat macam mana kuda tua ini menguruskan masalah rakyat setelah Shafie Afdal gagal secara total.
Jebat berharap, agar Pak Lah dapat menilai dengan mata hati bahawa rakyat bukan seperti Pak Lah. Jangan mengibaratkan rakyat sebagai bayangan sendiri didalam cermin kerana ia tidak adil. Pak Lah bermuka masam, berbaju mahal, beruban putih tetapi rakyat amat berbeza. Ada yang menangis, berpeluh mencari rezeki secupak, berpakaian ala kadar. Inilah golongan yang harus dibela. Pak Lah, bantulah kami. Jadilah ketua Negara yang adil. Jikalau YAB Lim Guan Eng hendak menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai role model, apa salahnya Pak Lah menjadikan Muhammad s.a.w sebagai model. Janganlah beria-ia menegakkan Islam Hadhari hanya kerana ianya ciptaan Pak Lah.

-Nukilan Jebat ke J’burg-

1 comment:

Unknown said...

it's something true. i really hope that the gov can do something to rectify this. globally, the cost of petrol is increasing..i think as a producer, malaysia should benefit more..not at lose. Jebat, do u know that in Sabah, some people are earning rm300 per month. I am just wondering how do they survive.....................:) thanks Jebat, ur post is enlightening..:)