Belum sempat Imam Hadhari ini kebah dari demam denggi tsunami 8 march lalu, kini sheikh Abdullah semakin tenat. Pelbagai keputusan tidak bernoktah dibuat oleh Imam tua ini. Kenapa Jebat sebegitu biadap berkata demikian terhadap seorang Imam? Pertama biar Jebat katakan, Jebat tidak berimamkan Imam yang seorang ini. Imam Jebat, merupakan seorang pemimpin yang baik, bersih, adil, bijak, yang sememangnya layak menjadi Imam. Bukannya seorang yang dilantik untuk menyelamatkan kerusi negeri-negri utara pada PRU10 yang lalu selepas Anwar dibuang.
Baiklah, mengapa Jebat katakan keputusan-keputusan Imam ini tidak bernoktah. Sejak PRU12, Bn pimpinan Imam ini, telah diserang dari luar dan dalam. Bermula dengan serangan bekas Imam BN, Dr.M sehinggalah kepada penderhakaan Yong Teck Lee. Mari kita selusuri apa yang dilakukan oleh Imam tua ini untuk menyelamatkan ajaran,dan kiblat hadharinya.
Bermula dengan serangan Dr. M yang menyatakan punca kekalahan besar BN adalah kerana Imam tua ini. Nampak baik tapi....begitulah antara ayat-ayat Dr. M. Gesaan Dr. M ini disokong oleh anaknya, si Mukriz. Baru bergulumang dengan najis politik, sudah pandai melawan taukeh. Gesaan-gesaan ini nyata menjatuhkan kredibiliti seorang Imam. Namun mari kita intai, apa yang dilakukan oleh Imam ini. Dalam kes Dr. M, beliau hanya berdiam diri, mengatur strategi barangkali. Dan dalam kes mukhriz, keputusan diserahkan kepada Pemuda UMNO dengan alasan Mukhriz merupakan exco Pemuda. Ini yang melucukan, bagaimana seorang pemimpin parti, tidak mampu untuk membuat keputusan terhadap seorang yang boleh dikatakan pengkhianat kepada parti. Imam tua ini takut untuk mengambil tindakan, maka terlepaslah Mukhriz dari sebarang tindakan. Cuba kita bayangkan seandainya KJ mengkritik Dr. M semasa Dr. M menjadi PM. Pasti KJ akan dibuang, disepak dan dibodoh-bodohkan oleh Dr.M kerana berani menjadi petualang parti. Lihat sahaja Anawr, dijatuhkan dengan sejijik-jijiknya.
Selepas tidak dikenakan tindakan, Si Mukhriz ini telah menghantar surat rasmi, mendesak PM meletak jawatan. Cis, pantang anak Melayu menderhaka kepada PM. Ingin menjadi Jebat agaknya anak Mamak ini. Beliau selamat, kerana dizaman ini, tidak ada lagi Tuah, seekor anjing yang setia kepada tuannya walaupun diberikan najis sebagai makanan.
Tidak cukup dengan Dr.M dan keluarga, Muhyidin juga sudah berani mendesak peralihan kuasa. Bagilah kepada yang layak. Justeru, dimana kredibiliti seoarang Imam jika makmunnya sudah mula menidakkan Imam. Sah kan solat perjuangan mereka? Lucu sungguh. Penyakit kanser Imam ini semakin merebak bilamana Siak-siak parti komponen nya sudah mula bersuara. Si Sami sudah mula mengatakan BN tidak memperjuangkan nasib bangsa India, padahal beliau sudah bertahta selaku Sami utama di Sungai Siput berdekad lamanya. Nanah kanser ini semakin membusuk dengan kenyataan penasihat MCA bahawa Imam BN ini, mengikut nasihat orang-orang yang tidak betol. Terkasima Jebat, siapa penasihat-penasihat Imam ini? Urm mungkin penasihat-penasihat Imam ini merupakan penjarah-penjarah junior yang bertenggek di tingkat 4. Mereka inilah yang dilihat mencorakkan kareer Imam besar hadhari ini.
Dan yang paling terbaru, bilamana Si Yong, presiden SAPP mengatakan bahawa beliau telah hilang kepercayaan terhadap Imam ini hingga sanggup mencadangkan usul tidak percaya kepada Imam tua ini. Dasar tidak tahu diuntung si Yong ini, namun yang paling mencuri tumpuan, apakah keputusan Imam tua? hahahaha sebagaimana lazimnya, Imam ini tidak akan menghukum. Kata beliau' biaq laa SAPP tentukan sendiri, pada saya, tu keputusan Yong, bukan partinya'. Tergelak besar Jebat mendengar sabda Imam tua ini. SAPP yang sudah terang lagi bersuluh menyelar dan mengkhianat falsafah BN, ini tidak langsung dikenakan sebarang tindakan. Apa alasan imam ini. Dek kerana kelemahan ini maka akan bangkitlah lebih banyak lagi parti komponen yang biadap dan celupar kerana mereka tau, Imam ini sudah tua, sudah tidak berkuasa lagi, mungkin Izrael sudah menghampiri. Bersedialah wahai Imam. Tidak akan ada sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kepada para doktor diluar sana, Jebat merayu agar, tolonglah merawat Imam tua ini. Pimpinlah neliau sebelum maikn ramai lagi yang mufarrakah, keluar barisan dan menyertai PR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ada benarnya kata-kata jebat!!! namun tidak ramai jebat dalam BN yang berani tampil...tidak ramai...yang ramai hanya Tuah yang bagai lembu ditarik hidungnya dan menurut kehendak tuan saja.
www.sebelumpulang.blogspot.com
Post a Comment