Wednesday, June 11, 2008

Pengorbanan Suci: Rakyat atau Menteri?

Sekembali Jebat dari J'burg:

Ketika dunia dilanda krisis minyak dan makanan, Perdana Menteri kesayangan anak dan menantu mengarapkan pengorbanan semua pihak. Kata beliau, ubahlah cara hidup, jangan membazir dan sebagainya. Dan untuk permulaan, rakyat perlu bekorban, bekorban untuk menerima kenaikan gila harga minyak sebanyak 78sen. Apalah sangat dengan kenaikan 78sen tersebut kerana menurut Siak bagi Imam Hadhari, si Shahrir, sepatutnya minyak di jual dengan harga RM3 seliter sejajar dengan harga semasa. Baik, mari kita intai, apa pengorbanan besar yang dilakukan oleh para menteri kita. Sungguh terkesan Jebat melihat pengorbanan pemimpin pilihan rakyat ini (termasuk lah yang menang dengan undi pos dan undi hantu dan undi pendatang dan pelbagai undi lagi).


Besar sungguh pengorbanan Pak Lelah dan kabinetnya, elaun keraian PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong 10%. Selain itu, cuti berbayar kepada Menteri dan Timbalan Menteri kemana-mana destinasi telah dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan asean sahaja dan tidak melebihi seminggu. Dan apa yang lebih mengharukan, semua potongan dan pengorbanan ini benilai hampir 2 bilion. Sebelum Jebat membidas (maklumlah dah biasa mengkritik) mari Jebat tinjau elaun keraian yang diberikan kepada golongan menteri ini (sumber Berita Harian Selasa 10/06/08):
Sekarang Selepas dipotong 10%
Perdana Menteri RM 18, 865 RM 16,978.50
TPM RM 15,015 RM 13,513.50
Menteri RM 12,320 RM 11,088
Timb. Menteri RM 6,000 RM 5,400

Baiklah, sesi pembedahan kebobrokan pengorbanan suci Pak Lelah dan kabinetnya. Kata Pak Lelah, pemotongan sebanyak 10% ini akan dapat menjimatkan duit kerajaan sebanyak 2 bilion setahun. Jadi secara perkiraan kasar nya, kerajaan telah membazirkan sebanyak 18 bilion =90% setahun untuk segala elaun termasuklah elaun keraian bagi penjarah-penjarah ini.
Jadi amat mudah untuk kita ketahui bahawa sepanjang masa ini, sejak bertahun-tahun dahulu, sebanyak 20 bilion dihabiskan begitu sahaja untuk golongan penjarah ini. Apa kesan kepada rakyat hasil lawatan dan percutian mereka ke Luar Negara? Membawa seluruh keluarga berlibur di Kota-Kota besar dunia, hasil tiket-tiket rasmi yang diberikan oleh Kerajaan. Dan yang paling menyedihkan, duit-duit ini mungkin disalurkan oleh golongan rakyat marhaen yang membayar cukai. Secara konklusi nya, golongan-golongan ini pastinya tidakkan terkesan dengan kenaikan minyak ini. Mengapa mereka hanya sanggup mengorbankan 10% tidak 90%? Jika benar-benar jujur dan simpati, berikan 18 bilion itu kepada rakyat. Berikan dalam bentuk subsidi yang telus, bukan subsidi kepada kroni, rakan-rakan, anak beranak, menantu tercinta. Jika benar kerajaan semakin tenat menanggung subsidi, gunakanlah duit 18 bilion ini. Mengapa hanya ingin memuaskan nafsu golongan menteri ini, rakyat perlu disusahkan?
Baiklah sekarang Jebat ingin membedah elaun keraian Pah Lelah. Sebulan beliau mendapat RM 18, 865. Banyak tu Pak Lelah, Jebat perlu bekerja selama lebih 6 bulan untuk mendapat jumlah tersebut, itu pun masih lagi kurang setelah ditolak dengan cukai dan KWSP. Tapi Pak Lelah, urm tak perlu berlelah, setiap bulan pasti masuk elaun ini. Ini baru elaun, belum masuk elaunelaun lain sebagai pemimpin ulung negara. Ini tidak termasuk gaji sebagai seoarang penjarah harta.
Bagi marhaen yang bergaji hanya RM 1000 sebulan, beliau harus mengumpul gaji selama 18 bulan. Bayangkan lah kalau gaji itu lagi rendah. Jadi persoalannya, siapa yang benar-benar bekorban? Rakyatkah atau golonagn penjarah-penjarah ini? 2 bilion mungkin jumlah yang banyak namun adakah ianya sama dengan pengorbanan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga yang menggila. Ayam naik, ikan naik, sayur naik, tiket naik, minyak naik,gas naik, tol naik, entah lah apa lagi yang tinggal dan mampu dibeli oleh rakyat. Mari kita lihat pengorbanan mereka:
Dahulu Selepas Minyak naik 78sen
Ayam RM 6.00(purata) RM7.00
Gas Masak 12kg RM 20.50 RM21.50
Tiket Bas JB-KL RM 25.00 RM 60.00
Daging di ChowKit RM 20.00 RM 28.00

Pengorbanan rakyat mungkin tidak bernilai 2 bilion namun perbelanjaan meraka dengan gaji dan kemampuan kuasa beli mereka lebih dari 10% pendapatan mereka. Menteri hanya dipotong elaun 10%, namun rakyat, Jebat kira lebih 50% pengorbanan.
Pak Lah, telus lah dalam pemerintahan, jangan alpa dan sombong dengan gelaran Imam Besar Hadhari dan anak kepada Badawi seorang ulama. Insaflah dan kasihankan lah rakyat.

-Jebat Pembela-

3 comments:

Unknown said...

Syabas...selamat dtg ke dunia blogger sahabat... Teman tertarik sguh dgn isu yg Pak Jebat utarakan dlm blog ini. Nampaknya marah sungguh Pak Jebat dgn jemaah menteri Malaysia yg ada sekarang lebih2 lagi pemimpin negara yg lelah pada pandangan mata Pak Jebat. Pada teman mudah shj, x perlu gusar dgn pengorbanan yg telah rakyat 'sedekahkn' pada negara atau pengorbanan pak menteri dlm mengendalikan segala isu negara. Sebelum angka2 RM rakyat yg telah anda kupas anda isukn di sini, pd teman lagi elok sekiranya Pak Jebat kaji dulu pengorbanan yg telah Pak Menteri kita usahakan sebelum ini. Sanggupkah Pak Jebat luangkan masa yg lebih utk memikirkan masalah negara melebihi masalah keluarga Pak Jebat sendiri spt yg tlh Pak Menteri kita lalui demi untuk negara tercinta? Rasanya x perlulah teman kupas 1 per 1 pengorbanan Pak Menteri berbanding pengorbanan 'suci' rakyat. Takut nanti pengorbanan suci jadi pengorbanan ngeri pulak nanti. X perlu pening2kn kepala kita mengecam pendapatan pak menteri, berbaloi lah tu dgn usaha dan pengorbanan beliau menjaga rakyat 1 negara. Mudah sahaja, umpamakan sebuah keluarga tanpa bapa. Memanglah ibu boleh mendidik dan menjaga kita, tapi adakah sama dengan perhatian dan tanggungjawab seorang bapa dlm mendidik dan menjaga sebuah keluarga? Betapa seksanya perasaan seorang bapa menjaga anak yg derhaka. Pernahkah rakyat fikirkan? Pak Jebat tentu faham bukan dengan perumpamaan teman? Tak perlu berdebat isu pendapatan Pak Menteri, lebih baik anda kaji pengorbanan & kepayahan yang telah Pak Menteri lalui untuk mencapai tahap di mana beliau berada sekarang. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Mampukah Pak Jebat memimpin negara dgn pendapatan yang Pak Jebat dapat sekarang? Atau, adakah mudah & mampu Pak Jebat lalui dugaan & cabaran seperti yang telah Pak Menteri kita lalui sebelum beliau mencapai tahap sekarang? Pepatah lagi....bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Ramai rakyat yang melaugkan isu kerajaan banyak makan duit rakyat. Tapi pernahkah rakyat terfikir, duit yang kerajaan makan itu lah untuk kesenangan dan keselesaan rakyat juga? Renung2 kanlah ya Pak Jebat....

Teman,
Anti pembangkang

Bobo Brazil said...

best arr jebat!!!
bg je cukup2
jebat mne pernah menderhaka
hahahaha

Jebat said...

Puteri, sungguh mudah kata putus yang puteri berikan. Jebat tidak pernah mempersoalkan gaji bapak menteri terutamanya idola agung putri, Pak Lelah. Cuma yang Jebat kesalkan, adakah dengan elaun yang sebanyak itu, keputusan yang dibuat ibarat seperti seorang rakyat biasa. Biarlah keputusan yang dibuat itu, melambangkan beliau selaku pemimpin agung, bukannya sebagai pak turut. Bilaman orang kata naik harga minyak, maka beliau naikkan harga. Dimana pertimbangan seorang pemimpin ulung jika hanya mendengar kat-kata orang tanpa usul? Sabar putri, jika Tuhan mengkehendaki, bersedialah dengan PRU13 nnt. Pastikan Putri mengundi kerajaan kesayangan Putri kerana Jebat dan yang lain akan terus membangkang kerajjan bobrok ini.