Saturday, July 12, 2008

Anwar VS Strawberi@shebiri-biri.....Debat minyak....

Belum ada kepastian namun debat antara Anwar dan Menteri Penerangan akan diadakan pada 15hb Julai ini bertempat di Dewan bahasa Dan Pustaka Kulala Lumpur. masanya Jebat kurang periksa. Namun debat ini mengikut laporan akhbar, hanya boleh diikuti oleh 200 orang jemputan sahaja. 100 jemputan khas, 50 penyokong Anwar dan 50 lagi penyokong totok BN UMNO. Usul perdebatan' hari ini memerintah, esok harga minyak turun'.
Pertama-tamanya Jebat ingin mengucapkan tahniah kepada strawberi atas kejantanannya menyahut cabaran dan berdebat dengan penasihat Parti Keadilan, DSAI. Dikala Pak Lelah dan Najib kapal selam tidak berani, maka tampillah stawberi busuk ini membodek bos-bos nya yang bacul untuk berdebat. Kenapa Jebat katakan bacul dan pengecut?
Pertama; kenaikan minyak ini merupakan idea Pak Lelah dan rakan-rakan, maka adalah baik jika beliau sendiri yang menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat. Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan, maka beliau lah orang yang paling layak. Bayangkan, seandainya Pak Lelah dapat membalas segala hujah DSAI dengan aik, maka rakyat akan faham dan imej Pak Lelah akan menjadi lebih baik.
Kedua, menghantar berdebat strawberi yang baru setahun jagung ini merupakan satu perjudian besar, kenapa? Jebat yakin dan percaya bahawa semua hujah-hujah beliau sudah diketahui oleh DSAI. Kerana BN dan UMNO sudah awal-awal lagi menerangkan kepada rakyat kenapa dan mengpa harga minyak perlu naik. Maka si strawberi ini kan berhujah dengan mengatakan, " harga minyak dunia naik, maka untuk mengurangkan penderitaan kerajaan, harga minyak terpaksa dinaikkan. Ini semua kerana harga minyak dunia. Bukan niat kerajaan untuk menyusahkan rakyat: Barangkali inilah hujah perdana bagi strawberi ini. Persoalannya, adakah ia mencukupi? Bagi Jebat yang memang sudah acapkali berdebat, adalah malang bagi seseorang itu sekiranya hujah-hujahnya telah diketahui oleh lawan. Pastinya starwberi akan terkangkang-kiak menerima bidasan dan cadangan DSAI.
Ketiga; umum mengetahui bahawa DSAI merupakan seorang orator yang hebat, maka untuk melawan beliau, Pak Lelah yang dikatakan hebat sepatutnya turun berdebat. Bukannya strawberi yang busuk ini. Mungkin Pak Lelah takut tertidur barangkali, maklum lah jika debat ini diadakan pada waktu malam, maka mungkin Pak Lelah boleh berdengkur. Kalau dalam perhimpunan UMNO boleh tidur, inikan pula ketika berdebat.
Justeru itu semangat membodek starwberi ini wajar dipuji. Seakan-akan sudah tahu untung nasib diakhir perdebatan, beliau sedia meletakkan jawatan jika gagal ketika berdebat. Syabas strawberi atau mungkin Shebiri-biri. Ingin berdebat dengan Anwar bilaman persediaan rapuh ibarat birir-biri bertarung dengan harimau garang. Pasti kesudahan cerita cukup menyayat hati, sudah la mati dibaham, tulang temulang dibakar orang. Cuma Jebat tertarik dengan Shabiri-biri ini, bilamana beliau sanggup melepaskan jawatan menteri. Ini baru anak jantan. Kalau kalah, seedia mengakui kegaggalan bukan macam pemimpin seorang itu, sudah terlepas 5 negeri pun, tetap tidak malu untuk menjadi pemimpin. Tidak seperti Si Shahir juga, dah kalah debat dengan Salahudin di TV1 masih tidak malu-malu lagi menjadi seorang menteri.
Diakhir nukilan ini, apa yang Jebat harapkan agar perdebatan ini akan menyedarkan golongan-golongan totok UMNO dan BN bahawa kerajaan sekarang ini sudah tidak mampu lagi membela rakyat. Berilah peluang kepada yang berkemampuan. Jangan dek kerana belum puas menjarah hasil bumi bertuah ini, maka rakyat dibiar menderita.

~~Jebat~~
Akan ada kemanisan diakhir perjuangan!!!

17 comments:

amcek said...

Ello kawan,

Pasai apa nama anwar masih anwar dan nama shabery chik jadi strawberi?

mana keadilan?

Jebat said...

Salam sahabat...

Jebat bukan racist ataupun bersifat tidak adil terhadap golongan-golongan penjarah ini. Siapa yang harus memberi keadilan? Jebat mencba seadil boleh dalam penulisan jebat namun jika ada juak-juak yang terasa jebat memohon maaf. Sukar untuk memuaskan hati semua pihak terutamanya jebat bukan dari golongan pengampu kerajaan maupun UMNO. Pendirian Jebat jelas. Yang tertindas perlu dibela, yang me nindas perlu disedarkan. Jebat percaya amcek juga faham cuma mungkin falsafah kita berbeza.
~~Jebat~~
Teringat zaman-zaman muda dikuala bersama Amcek

Anonymous said...

allo bro, apa kes nie...heheh lucu benar aku membaca karangan bro...mgkin ko dr golongan belia kononnya menuntut keadilan..tp bg aku yg mata celik neh nampak sangat keborakan c tempang yg diagung2 itu. Jangan cepat melatah bro sebab isu minyak je...yang c anwar tu nampak sgt gila kuasa...orang yang tak reti berdebat mcm aku pun bleh agak kepincangan yang berlaku.. kalo la kerajaan kononnya nak jatuhkan anwar, xkan la nak guna taktik yang sama kan.. meliwat.. kalo dia tak bersalah kan napa dia tak ikut ja saranan Mufti Perlis tu.. buat sumpah laknat...Tuan Guru Nik Aziz pun bersetuju. nahh apa lagi...budak yg konon diliwat sanggup mengangkat sumpah laknat..kenapa anwar berdiam diri.
kalo nak dijadikan isu minyak bro...anwar dok konon kata zaman dia dulu minyak tak naik harga siap turun...allo itu zaman bila...minyak time tu setong brapa?
bro rasanya kita patut bersyukur kat Malaysia...kawan aku kat Brunei tu pun mengeluh minyak negara dorg naik? tak ke hairan ,kata murah dari kita? lepas tu plak bleh lak nak banding dengan negara venezuela yang minyaknya murah gila..aduhai..mgkin orang tak tahu kot..negara tu antara negara miskin. minyak murah pun rakyat dorang still tak mampu nak beli minyak tu..tak pakai kereta pun bro..jalan kaki jer..takpun berasak atas bas. malaysia rakyat bising mula2 je..skrg aku rasa dah diam jer..trafik tetap gak macam biasa..jammed teruk...selagi anwar tak diam, selagi tu la semua orang tak aman..kami2 neh yang cintakan keamanan mengharapkan anwar tu diam je..memalukan Melayu jer.opss terlebih sudah.

Jebat said...

Salam Lampu picit,
Lucu Jebat membaca pandangan saudara lampu picit berkenaan Anwar dan keadaan Malaysia kini. Justifikasi nukilan Jebat bukan hanya bergantung kepada harga minyak, mungkin Lampu picit tidak membaca keseluruhan nukilan-nukilan Jebat. Bagi Jebat, bila mana keadian tidak dapat dilaksanakan oleh pihak yang bewajib maka kita memerlukan satu alternatif, bagi kes BN dan UMNO, alternatifnya PR dan parti-parti pembangkang. Justeru itu, penilaian secara telus perlu. Bukan sahaja masalah minyak yang melanda negara, banyak lagi isu-isu hangat yang membuktikan kita tidak boleh berasa selesa lagi. Mungkin Lampu picit terharu dengan tindakan Najib kapal seam yang bersumpah didepan perwakilan UMNO bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya. Lucu Jebat rasakan, bersumpah didepan juak-juak penjarah, golongan-golongan anjing yang setia, memang lah mereka akan percaya. Jika benar Najib ingin bersumpah, pergilah bersumpah di depan alim ulama' dan orang yang tahu selok belok agama, jangan bersumpah didepan juak sendiri walaupun Jebat tahu, Najib Kapal Selam bersumpah sambil didengari oleh Imam Besar Islam Hadhari, Pak Lelah.
Kepada Lampu picit, apa yang Jebat harapkan, nilailah dengan mata hati, bukan dengan emosi, ramai yang telah sedar akan semua pembohongan dan kebobrokan kerajaan kini. Kita hanya mencari alternatif yang terbaik untuk nusa ini. Dan ingat lah janji Jebat ini, jika kerajaan PR juga sebobrok BN kelak, maka Jebat lah orang pertama yang akan menentang. ebat bukan dipunya oleh pemimpin rakus, Jebat hanya membela rakyat.

sara-dean said...

keadilan yg mcm mana yg jebat nak?utk siapa sbnrnya keadilan yg jebat perjuangkan ni?untuk anwar?siapa dia yg special sgt smpai mustahil utk buat perkara yg menjijikkan tu?dah rmai yang tau perangai buruk anwar tu jebat..ni bkn ckp sebarangan..kalau btl dia x bersalah knapa x berani bersumpah laknat? berani itu kerana benar.wpun mgkin najib x bersumpah dpn alim ulama, tp ALLAH SWT itu Maha Mendengar jebat..jebat yg kna bkak mata hati tu..nak kata PR perjuangkn nsb rakyat? i dont think so. memecah belahkan org melayu lagi ada.PR yg kononnya perjuangkn hak sama rata mgkin belum sdr kesan jangka pnjangnya. kta mgkin akan jadi spt singapura. jgn smpai org melayu hilang hak utk bsuara.dia sampai sanggup berkompromi dgn yahudi jebat..anwar sudah melampaui batas.skrg dah nmpak ura-ura amerika nak cmpur tgn.jgn dah terhantuk bru nak terngadah.jgn menang sorak kmpung tergadai.
p/s tanah tumpahnya drhku.bkn tmpahnya darahku kerna amarika

Jebat said...

Sarah,
Bukan niat Jebat mengagung-agungkan Anwar dan bukan sifat Jebat mengagung-agungkan pemimpin. Seperti yang selalu Jebat katakan, dalam situasi politik negara yang semakin parah, Anwar merupakan penawar. Kenapa Jebat katakan demikin, pertama, beliau dilihat dapat menyatukan seluruh masyarakat Malaysia, jika tidak masakan lebih 50% marhaen di semenanjung mengundi PR 8 march lalu. Ketika lebih 80% kaum cina, dan 70% india menyokong PR BN dan UMNO hanya diselamatkan oleh marhaen yang tidak pernah sedar dan takut untuk berubah. Maknanya kepimpinan Pak Lelah telah ditolak oleh masyarakat Cina dan India dan 50% orang melayu. Jadi siapa yang menjadi penyatu, Jebat katakan Anwar. Kedua berkenaan tuduhan liwat Anwar, hanya kerana ini Sarah katakan beliau tidak layak memimpin Malaysia. Sarah, biar Jebat ceritakan sejarah; tahun 98, bilamana Malaysia dibawah pimpinan Tu Mamak, Anwar juga dituduh, pelbagai bukti diberikan termasuklah tilam untuk meliwat tersebut. Namun apa kata hakim? Jebat bersyukur, walaupun ketika itu hakim-hakim hanya menjadi boneka Tun Mamak, masih ada lagi hakim yang benar-benar jujur dalam menjalankan penghakiman.Maka tuduhan itu digugurkan tatkala Anwar telahpun dipenjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan tuduhan salah guna kuasa. Jadi timbul persoalan, adakah Anwar ini benar-benar meliwat. Kini perkara ini dibangkitkan oleh Si ShaiFOOL yang menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali. Selaku orang yang berotak, tidakkah sepatutnya bilamana kali pertama diliwat, maka laporan perlu dibuat? Kenapa perlu menunggu sehingga diliwat beberapa kali? Kenapa selepas berjumpa Najib Kapal Selam baru laporan dibuat? Adakah ketika diliwat kali pertama itu, bontot anjing ini tidak sakit? Bila dah kena beberapakali, mungkin sebab sakit, mengadu kepada Najib. Jadi Apa motif si celaka ini?
Sarah, perlu melihat sejarah, seks dan politik ini merupakan sesuatu yang wajib bagi golongan BN dan UMNO. Kes Najib dan Altantuya belum selesai, Kes Bekas Kutua Menteri Melaka yang merogol budak bawah umur, kes cabul bekas menteri terhadap pelayan hotel, kes video Chua Soi Lek, Kes Najib dan betina-betinanya, kes skandal pemimpin Pemuda UMNO dan pelbagai lagi. Kenapa Sarah tidak pernah menilai? Hanya tertumpu kepada Anwar? Sayang seribu kali saying, bila mana hati dibutakan, maka pandangan mata menyesatkan.
Dalam kes ketuanan Melayu, biar Jebat ajar Sarah, mungkin terlupa kepada perlembagaan negara. Jangan risau, bahawa semua hak-hak keistimewaan orang Melayu ini akan terus terbela kerana ia termaktub didalam perlembagaan. Bukan mudah untuk mengubah perlembagaan Sarah. Kurang membaca agaknya Sarah atau pun sememangnya jahil tentang perlembagaan. Sarah jangan risau, seandainya hak-hak ini dicabuli oleh PR, maka Jebat akan bangun menentang. Jangan risau, Jebat lebih Melayu dari Sarah, dan Jebat juga pejuang untuk bangsa.
Bilamana Sarah mempertikaikan tentang US, jangan takut, itu hanya pandangan mereka, bagi Jebat ada benarnya, Anwar seharusnya diadili bukan berdasarkan politik, maknanya system perundangan seharusnya bebas dari kuasa badan pemerintah (sila rujuk artikel pembahagian kuasa). Hatta US sekalipun tahu betapa system kehakiman kita sangat teruk maka sebab itulah pandangan itu dibuat. Jebat bukan menghalalkan US namun kalau sekadar pandangan, bagi Jebat ia tidak salah. Sarah mungkin lupa, bagaimana Tun Mamak beria-ia untuk berjumpa Bush? Apa komen Sarah? Selain itu, Sarah mungkin lupa, bilamana Tun Mamak menghalalkan penjajahan US keatas Iraq dalam misi membanteras pengganas walaupun selepas itu kita menjadi pengerusi OIC. Jadi apa komen Sarah?
Sarah akhir kalam, jika ilmu secetek ini, jangan dicuba keramat wali, belajar dahulu Sarah, penuhkan ilmu, cari kebenaran, jangan hanya bergantung kepada media arus perdana. Semoga nukilan ini menyedarkan Sarah, bahawa UMNO itu telah bobrok, BN itu telah hilang integritinya. Renungkanlah.

Anonymous said...

Adoi Jebat2..mgkin Jebat ni terlalu taksub dengan pandangan sendiri tanpa analisis sewajarnya...Aku nie tak tahu pulak Najib ada bersumpah...heheh sory mgkin aku terpinggir bab itu..ya aku ada baca nukilan2 jebat yang penuh penghinaan dan kejian itu.
Jangan anggap keputusan PR yang lalu mengatakan rakyat memilih Anwar sebagai pemimpin...amatlah malapetaka besar jika Anwar yang diangkat menjadi PM Malaysia..Perakus yang dahagakan jawatan..PR lalu mahukan perubahan..bukan perubahan untuk Anwar dan umatnya yang memecah belahkan bangsa Melayu.. teman aku dari Singapura ketawa melihat Melayu Malaysia yang begitu bodoh bergaduh pasal siapa yang nak berkuasa..apasalahnya terima aja suara rakyat yang masih mahupun PakLah sebagai pemimpin..tggu saja PR akan datang kalo mahu berkuasa. Ini tak pasal2 nak rampas kuasa menyusahkan seluruh rakyat tak bersalah. Nak protes sana nak protes cni, berkumpul sana berkumpul cni mengganggu ketenteraman awam. Menutup periuk nasi mereka yang ini berniaga di kawasan itu..Kacau bilau..itukah perubahan yang jebat mahukan..itukah jenis keadilan ang Jebat perjuangkan..Jebat keluaran MCKK yang boleh berpikir. berdebat sana sini, bukan dahulu sudah diajar kaji dan analisis dahulu fakta yang ingin dihujahkan..lagi satu panggilan yang menghina tidak diajar oleh agama kita jebat..Jangan terlalu obses ingin berbloging seperti mereka diluar sana lupa sehingga lupa batasan agama. Kaum cina yang terdahalu tetap tidak akan terima Anwar sebagai pemimpin...kata2 Anwar pada tahun 1970an yang berbaur penghapusan kaum cina tetap dalam ingatan mereka..cuba Jebat selidik balik..kaji balik apa yang Anwar kononnya ditindas itu sanggup lakukan untuk jawatan dan kuasa.. rumors kalangan polis pun mengatakan isu Anwar tu penuh kebenaran.Jangan pulak jebat kata semua polis malaysia ambil rasuah pula lepas neh.

amcek said...

ello kawan,

aku tak kata kau salah atau racist atau ape2, tapi kenapa bila berkitan dengan orang yang kau tak suka, kau bagi nama bukan2...

kurang adil la macam tu.

tu cuma pendapat aku. aku tak kata kau salah. atau racist atau apa apa. cuma sekadar mengingatkan.

jangan serang peribadi. tegur yang salah. dan bagi aku, nama dia tak salah.

hehehe....kite dari kuala yang sama. jangan bimbang kawan,

lawan tetap lawan

Jebat said...

Lampu picit,
Pertamanya Jebat ucapkan terima ksaih atas kesudian membaca nukilan tajam Jebat. Marah sungguh lampu picit dengan Anwar. Mengapa agaknya? Memecahkan orang melayu? Jebat bukan nya nujum pak belalang yang dapat meramal apa yang akan berlaku, namun apa yang akan terjadi sekiranya pada PRU 12 yang lalu, dakwat digunakan? No siri kertas undi di buang? Undi pos diperhalusi dan pengaguhan dikaji? Jebat rasakan pasti lebih banyak kerusi BN yang jatuh. Jebat tidak mengagungkan Anwar, jika benar telahan Lampu Picit, bahawa oarng cina takut kepada Anwar, kenapalah agaknya mereka mengundi DAP dan PKR hingga jatuhnya kerajaan cina Pulau Pinang dibawah pimpinan Gerakan BN? Isu tahun 70 telah lama padam. Lampu picit sahaja yang beria-ia ingin menimbulkan sentimen perkauman. Ini zaman baru lampu picit. Bangun, jangan terus lena. Jangan politikkan apa yang terkandung dalam perlembagaan. Lucu Jebat rasakan bilama Lampu picit katakan orang melayu singapura ketawa melihat orang melayu malaysia, Lampu Picit, Melayu di Malaysia ini masih terjamin hak-hak dan kedaulatannya, jangan risau, bukan mudah untuk mengubah perlembagaan persekutuan tersebut.Balik rumah, kaji semula buku sejarah. Baca mengenai pelembagaan negara. Jangan cakap kosong dan merapu digelanggang Jebat ini. Buat analisis dahulu. Baru berdiskusi dengan Jebat. Siapa yang taksub kepada siapa ini lampu Picit. Jebatkah atau Lampu picit.Untuk pengetahuan Lampu Picit, Singapura itu dilepaskan oleh Tunku Abdul Rahman, orang Melayu, bekas Presiden UMNO. Mungkin Lampu Picit bersetuju. Lampu picit, kita mungkin berbeza falsafah, namun Jebat tahu, kita menginginkan perubahan. Kita menginginkan Malaysia yang baru. Bersih, berintegriti dan teus. Buka lah hati lampu picit. Moga sinar kesedaran akan ada. Maafkan Jebat kalau mengguris hati dan perasaan lampu picit.

~~Jebat~~

Jebat said...

Amcek..

Jebat bencikan kebobrokan, ketidakadilan, penindasan, ketirisan.

Gejala bobrok ini semakin parah di Malaysia, dan PR adalah alternatifnya. Jika Amcek seorang doktor, jika pesakit itu sakit, apa ubatnya?

Bukan sebab Anwar budak koleq maka Jebat mengagungkan beliau, ramai lagi budak koleq dalam kerajaan, Nazri Aziz pun budak koleq jugak.

Kredibiliti Anwar membuktikan sesuatu.

pikirlah amcek.

~~Jebat~~
Unity is strage-Eddy

amcek said...

you got me wrong my fren,

kau pun saksikan debat semalam, dan kau pun nampak ape yang berlaku.

anwar is doing his best dalam menerangkan ape tindakan dan usaha yang dia nak buat untuk turunkan minyak,

dan shabery chik sibuk dengan menyerang peribadi anwar, cerita tentang anwar dulu dulu.

itu yang aku maksudkan. aku sokong kalau kau nak jatuhkan kebobrokan semua tapi bukan dengan teguran peribadi.

macam respon awal aku, aku persoalkan kenapa nama shabery chik jadi strawberi. itu persoalannya.

kita nak tentang orang bukan tentang sifat orang tu, burukkan peribadi, tapi bongkar kesalahan, bongkar perkara jahat yang dia buat.

itu maksud aku. bukan dengan memanggil orang dengan strawberi atau biri biri.

come on kawan. you debater, you patut lebih arif.

Anonymous said...

Jebat-->Bukan niat Jebat mengagung-agungkan Anwar dan bukan sifat Jebat mengagung-agungkan pemimpin. Seperti yang selalu Jebat katakan, dalam situasi politik negara yang semakin parah, Anwar merupakan penawar. Kenapa Jebat katakan demikin, pertama, beliau dilihat dapat menyatukan seluruh masyarakat Malaysia, jika tidak masakan lebih 50% marhaen di semenanjung mengundi PR 8 march lalu. Ketika lebih 80% kaum cina, dan 70% india menyokong PR BN dan UMNO hanya diselamatkan oleh marhaen yang tidak pernah sedar dan takut untuk berubah.
--- Menyatukan?? Dlm situasi mcm ni jebat rasa dia menyatukan rakyat Malaysia?? Lagi memecah belahkan lg yg sarah nmpak adala. 50% yang x mengundi PR tu bukan x sdr atau takut berubah, tapi kami pikir untuk jangka masa panjang. Yang jebat nak skarang ni untuk kesan jangka pendek je. Maafla sarah katakan anwar bukan penawar yang kita mahu. Anwar ni lebih ibarat mcm dadah.mcm pain killer tu. Mmg melegakan sakit tp akan memberi mudarat yg lebih kalo over consumption. This anwar, to me, mmg dah over.

Jebat--> Maknanya kepimpinan Pak Lelah telah ditolak oleh masyarakat Cina dan India dan 50% orang melayu. Jadi siapa yang menjadi penyatu, Jebat katakan Anwar.
-- Hey, anwar tu bkn penyatu la! Dia ambik kesempatan dgn krisis yg ada skrg ni ! Org India dgn gerakan Hindraf sume tu apa isu mereka sbnrnya? Diorg buat seolah olah dinafikan terus hak mereka sbg rakyat msia. Jebat rasa rasional ke tuduhan mcm tu? Amatla melampau skali kalo jebat mengiakan. Kalo btl la tertindas takdanya sekolah jenis kbgsaan tamil and cina. Xkan dapat si ananda krishnan tu mewah dengan hasil perniagaannya kat MALAYSIA ni. Berkenaan kaum cina pulak, diorg hanya akan menyokong pihak yg mberi kepentingan kat mereka je. Yg penting untung. Anwar tu hanya sokongan populariti sahaja oleh cina ngan india ni. Dan org Melayu yg menyokong anwar tu adalah golongan yg x penah nk bersyukur dgn nikmat yg kta ada ni.
Jebat-->Kedua berkenaan tuduhan liwat Anwar, hanya kerana ini Sarah katakan beliau tidak layak memimpin Malaysia. Sarah, biar Jebat ceritakan sejarah; tahun 98, bilamana Malaysia dibawah pimpinan Tu Mamak, Anwar juga dituduh, pelbagai bukti diberikan termasuklah tilam untuk meliwat tersebut. Namun apa kata hakim? Jebat bersyukur, walaupun ketika itu hakim-hakim hanya menjadi boneka Tun Mamak, masih ada lagi hakim yang benar-benar jujur dalam menjalankan penghakiman.Maka tuduhan itu digugurkan tatkala Anwar telahpun dipenjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan tuduhan salah guna kuasa. Jadi timbul persoalan, adakah Anwar ini benar-benar meliwat. Kini perkara ini dibangkitkan oleh Si ShaiFOOL yang menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali. Selaku orang yang berotak, tidakkah sepatutnya bilamana kali pertama diliwat, maka laporan perlu dibuat? Kenapa perlu menunggu sehingga diliwat beberapa kali?
-- mngenai kes liwat anwar, terpulang kpd jebat. We choose to believe what we want to believe. Ckp byk pun x guna jgk. But this is what I get from others people blog:
- kalau ko teliti kes sukma/anwar dan azizan, kes ini sebenarnya terbahagi kepada 2, yakni, sukma dan anwar meliwat azizan (mangsa). dalam kes ni, azizan adalah MANGSA liwat (bererti, boleh di samakan dengan rogol, kerana di liwat tanpa rela. berbanding dengan sukma, dia adalah accomplice (atau bersubahat melakukan liwat bersama anwar meliwat azizan). tu pasal, dalam kes dahulu, kes anwar di gugurkan kerana hakim berpendapat, azizan bukanlah MANGSA, tetapi orang yang bersubahat melakukan liwat bersama sama anwar, kerana hakim berpendapat, adalah tak logik, seorang mangsa liwat tidak lari dari pemangsa (anwar ibrahim), malah boleh pula berkunjung dan berjumpa dengan isteri si pemangsa tanpa takut.dalam kes ni pula, boleh di kategorikan dalam kes rogol kerana saiful bahari mendakwa di di liwat tanpa rela. kau kena faham definasi takut ni ada macam macam. ada orang takutkan orang lain guna pistol, guna kayu, herdik, dan macam macam lagi. dalam kes anwar, saya berpendapat si mangsa di takut takutkan dari segi saikologi dan mental, kerana dalam kes terdahulu memang orang yang di liwat dek anwar amat takut kepadanya dan terpaksa rela dengan kemahuan si anwar. jadi kes ini sebenarnya bukan sahaja kes liwat, tetapi adalah ROGOL! cuma di harap, kali ini, pihak pendakwa mestilah menyediankan bahan bukti dan hujah dengan cekap supaya si peliwat ini tidak terlepas lagi akibat teknikal.
- “To summaries our judgment , even though reading the appeal record we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen BUT, the Federal Court could only convict Anwar and Sukma if the prosecution had successfully proved beyond reasonable doubt the alleged offences stated in the charges based on admissible evidence and in accordance with established principles of law. “
- Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud -
sumber
http://www.kehakiman.gov.my
Jebat-->Sarah, perlu melihat sejarah, seks dan politik ini merupakan sesuatu yang wajib bagi golongan BN dan UMNO.
-- WAJIB? Itu tuduhan bias! Bukan semua mcm tu. Jangan buat kenyataan emosi plak jebat.
Jebat-->Kes Najib dan Altantuya belum selesai, Kes Bekas Kutua Menteri Melaka yang merogol budak bawah umur, kes cabul bekas menteri terhadap pelayan hotel, kes video Chua Soi Lek, Kes Najib dan betina-betinanya, kes skandal pemimpin Pemuda UMNO dan pelbagai lagi. Kenapa Sarah tidak pernah menilai? Hanya tertumpu kepada Anwar? Sayang seribu kali saying, bila mana hati dibutakan, maka pandangan mata menyesatkan
--- Kes salah laku ni berlaku dimana-mana. Xkan kerana beberapa individu kita nak hancurkan seluruh organisasi? I don’t give a damn whether anwar is heterosexual ke apa. My concern is he manipulated the accusation and try convinced rakyat/other counties not to mention yahudi that he is being framed by the gov! Gila ke pa? Jahat sgt agaknya dia smpai semua org nak buat dia mcm tu. Dari polis smpai kehakiman nak persoalkan. Kalo btul ditindas xkan hakim bole gugurkan tuduhan. Lagi satu, tuduhan digugurkan bkn kerana anwar xbersalah. Tp sbab teknikal sahaja. Kalo jebat baca keterangan di atas mgkin jebat akan pham. Berkenaan dengan kes najib dia dah pun bersumpah laknat. Tp anwar?? Xberani.kenapa? sbab mmg bersalah. Takut. Kenapa byk sgt dalih. Bersumpah jela. Semua orang akan berpuas hati.
Jebt--> Dalam kes ketuanan Melayu, biar Jebat ajar Sarah, mungkin terlupa kepada perlembagaan negara. Jangan risau, bahawa semua hak-hak keistimewaan orang Melayu ini akan terus terbela kerana ia termaktub didalam perlembagaan. Bukan mudah untuk mengubah perlembagaan Sarah. Kurang membaca agaknya Sarah atau pun sememangnya jahil tentang perlembagaan.
--- haha.kelakar sungguh. Jebat mmg memandang rendah penulis picisan mcm sarah ni.maklum la..bkn bekas mpp..bkn bekas ahli debat..perlembagaan tu bole dipinda sbaik shj kerajaan PR memerintah. Bila2 masa sahaja. Malah untuk lupuskan terus system beraja pun bole. Silap2 negara ni jd Negara republic di bwh tgn PR! Tiada lagi raja/sultan untuk menjaga hal ehwal yang berkaitan Islam.
Jebat-->Sarah jangan risau, seandainya hak-hak ini dicabuli oleh PR, maka Jebat akan bangun menentang. Jangan risau, Jebat lebih Melayu dari Sarah, dan Jebat juga pejuang untuk bangsa.
--Jangan smpai nasi dah jd bubur jebat. Jgn smpai semuanya terlambat..
Jebat-->Bilamana Sarah mempertikaikan tentang US, jangan takut, itu hanya pandangan mereka, bagi Jebat ada benarnya, Anwar seharusnya diadili bukan berdasarkan politik, maknanya system perundangan seharusnya bebas dari kuasa badan pemerintah (sila rujuk artikel pembahagian kuasa). Hatta US sekalipun tahu betapa system kehakiman kita sangat teruk maka sebab itulah pandangan itu dibuat. Jebat bukan menghalalkan US namun kalau sekadar pandangan, bagi Jebat ia tidak salah.
--Kenapa amerika yg dirujuk?? Diorg lebih nak mengancurkan negara Islam yg aman harmoni (dahulunya) dan membangun ni!
Jebat--> Sarah mungkin lupa, bagaimana Tun Mamak beria-ia untuk berjumpa Bush? Apa komen Sarah? Selain itu, Sarah mungkin lupa, bilamana Tun Mamak menghalalkan penjajahan US keatas Iraq dalam misi membanteras pengganas walaupun selepas itu kita menjadi pengerusi OIC. Jadi apa komen Sarah?
--Sila berikan bukti Tun Mahathir MENGHALALKAN peperangan di IRAQ. Melalui pembacaan sarah, dia adalah antara org yang lantang dalam menentang peperangan tersebut!
Jebat-->akhir kalam, jika ilmu secetek ini, jangan dicuba keramat wali, belajar dahulu Sarah, penuhkan ilmu, cari kebenaran, jangan hanya bergantung kepada media arus perdana. Semoga nukilan ini menyedarkan Sarah, bahawa UMNO itu telah bobrok, BN itu telah hilang integritinya. Renungkanlah.
- Inilah masalahnya bila rasa diri tu dah terlebih pandai. For your information, sarah bkn membaca arus perdana sahaja. Melalui blog-blog mcm jebat ni la sarah menilai. BN x pernah hilang integritinya. Cuma mgkin segelintir pemimpin di dlm yg dah mencacatkan kredibiliti BN. UMNO masih relevan.
p/s semoga Tuhan menunjukkan kebenaran. ALLAHUAKBAR

Jebat said...

Amcek..

Terpulang la kepada Amcek, Jebat bukan sengaja mengubah nama2 perwakilan BN/UMNO. Biarlah Jebat dengan pedirian Jebat.

Jika Amcek membaca keseluruhan artikel-artikel Jebat, maka Amcek akan sedar, Jebat bukan sekadar mengkritik peribadi, tapi segala kebobrokan yang terserlah.

Namun amcek, terima kasih atas teguran, InsyaAllah, Jebat akan perbaiki mutu tulisan Jebat.

Jebat said...

Amcek..

Terpulang la kepada Amcek, Jebat bukan sengaja mengubah nama2 perwakilan BN/UMNO. Biarlah Jebat dengan pedirian Jebat.

Jika Amcek membaca keseluruhan artikel-artikel Jebat, maka Amcek akan sedar, Jebat bukan sekadar mengkritik peribadi, tapi segala kebobrokan yang terserlah.

Namun amcek, terima kasih atas teguran, InsyaAllah, Jebat akan perbaiki mutu tulisan Jebat.

Jebat said...

Sarah,

Terpulang kepada pendirian Sarah. You have your own way and i've mine. Akan Jebat jawab segala persoalan yang Sarah lemparkan. Percayalah, akan ada satu post khas untuk Sarah.

Sarah, lihat kepada Anwar ketika berdebat. Logik akalkah seorang tua seperti beliau, yang nampak kurang sihat tubuh badan meliwat seorang anak muda, sesihat Saifool?
Untuk pengetahuan, kes Anwar terhadap Azizan gugur lantaran bukti-bukti dan hujah pendakwa raya yang bertukar-tukar hingga Azizan akhirnya mengaku iu semua adalah konspirasi. Fikir lah Sarah.

Jebat sudah biasa menerima kritikan penyokong UMNO/BN. Bagus, kerana digelanggang ini kita akan berdebat. Keluarkan semua fakta Sarah, kita bedebat.Jebat tidak gentar.

amcek said...

oh, kau leh panggil aku medea, amcek tu nama dalam family aku je..

takpe kawan, aku paham tulisan kau, cuma, when it comes to beri nama yang tak elok, then aku kurang setuju. untuk apa diberi nama yang tak elok pada orang yang kita tak suka.

kau boleh bongkar segala kejahatan yang dibuat, aku tak ade masalah untuk perkara tu.

kalau die menipu, kita panggil penipi, kalau die mencuri, merompak, kita panggil die perompak, pencuri, tapi kenapa nama dia shabery, kau panggil strawbery.

itu yang bagi aku kau serang peribadi.

macam aku cakap, kau boleh bongkar kejahatan, kemungkaran semua. aku sokong, tapi sometime, we have to respect our opponent jugak. supaya dengan respect yang kau beri, orang akan lebih hormat dan mendalami penulisan kau.

sekian.

Jebat said...

amcek..
Jebat tau siapa amcek..takan lah Jebat lupa..medea..takpe-takpe..ade mase kita main futsal same2...mior pon ade kat cni..dkt ngan Jebat..so boleh la nk tau nape Jebat berpendirian begini.