Monday, July 7, 2008

Masihkah ada keadilan di bumi bertuah ini????

Jebat termangu sendiri melihat atmosfera kekalutan dibumi bertuah ini. Tertanya-tanya, masihkah ada keadilan, adakah pembelaan terhadap insan yang memerlukan atau semuanya telah hanyut dimamah serakah dunia. Adakah setiap orang akan diadili secara adil? Atau yang berkuasa terkecuali dari undang-undang? Semua ini menjadi cebis-cebis igauan buat Jebat.
Mari kita lihat teori pentadbiran di bumi bertuah ini. Kuasa pentadbiran dibahagi kepada 3 Badan yang diketua oleh Yang DiPertuan Agong. Badan-Badan ini adalah Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Pemerintah. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, peranan dan bidang tugas yang tersendiri. Dalam bahasa mudah, tidak berkaitan antara satu dengan yang lain bagi menjamin ketelusan dan integriti. Namun dalam praktikalnya, badan Perundangan dan Badan Pemerintah salaing berkaitan antara satu dengan lain kerana Malaysia mengamalkan system kerajaan yang mana ahli-ahli badan perundangan adalah juga badan pemerintah. Maka secara logik akal, dua badan tidak lagi berasingan.
Apa dia fungsi setiap badan? Badan perundangan diketuai oleh Yang DiPertuan Agong. Dibantu oleh dua lagi komponen utama, Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Fungsi badan ini adalah untuk membuat undang-undang yang berkaitan untuk negara. Disinilah rang undang-undang dibahaskan sebelum ianya diluluskan. Disinilah semua YB-YB bersidang, berdebat, bertelagah menentukan untung nasib marhaen semua.
Badan Pemerintah pula melaksanakan kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan perlembagaan. Badan inilah terdapatnya PM, TPM dan para menteri-menteri yang lain. Kementerian-kementerian dan juga Jabatan Kerajaan. Disilah juga terdapat nya JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) yang mana polis juga dibawah badan ini dan juga angkatan bersenjata.
Badan yang terakhir adalah Badan Kehakiman, Fungsinya bergantung kepada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Ia menjalankan kuasa mengikut yang terkandung oleh kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak termasuk lagi dengan mahkamah syariah dan sebagainya.
Jika Jebat ceritakan fungsi badan ini satu persatu, maka kita akan melihat satu kesempurnaan bilamana kuasa-kuasa ini kita agihkan, namun secara sedar ataupun tidak bilamana terdapat tugas bertindan @ ‘redundant’ antara badan Perundangan dan Badan Pemerintah. Maka ini akan menghasilkan ‘conflict of interest’. Inilah kelemahan system yang kita guna pakai sekarang. Polis dan tentera dibawah kuasa badan Pemerintah. Maka adalah tidak keterlaluan jika Jebat katakana, Polis ini bekerja untuk badan Pemerintah.
Jika dizaman Tun Mamak, dahulu, badan Kehakiman turut berada dibawah kuasa badan Pemerintah. Jadi Tun Mamak ketika itu mempunyai kuasa mutlak!1 berkuasa di ketiga-tiga badan. Maka dizaman itu, kita lihat tidak ada kuasa yang mampu menandingi kuasa seorang PM. Kalau A kata Tun Mamak, maka A lah yang perlu dibuat. Jika Bapa Anwar salah guna kuasa maka salah guna kuasalah bapa Anwar.
Namun perkara ini cuba diubah oleh Pak Lelah, konon bagi mengembalikan pembahagian kuasa ini dengan mengembalikan kepada funsi asalnya. Jebat sedar, tindakan Pak Lelah ini bersebab; yang pertama untuk memperlihatkan kesilapan Tun Mamak dalam pemerintahan, kedua untuk menunjukkan bahawa dia seoarang yang telus dalam pentadbiran, ketiga membersihkan imejnya yang cukup tercela sejak PRU12 yang lalu. Justeru itu pelbagai pampasan telah dibuat kepada bekas-bekas hakim yang dipecat oleh Tun Mamak. Maka sejak dari itu, bekas-bekas hakim ini, mengutuk tindakan Tun Mamak ketika pemerintahannya. Imej Pak Lelah sedikit baik pada ketika itu. Namun bagi Jebat, pemberian pampas an atau ex-gratia itu tidak bermakna apa-apa. Tidak ada perubahan pun yang dilakukan. Ibarat menukar kulit buku tetapi isi kandungannya tetap sama. Rakyat tidak bodoh untuk menilai. Jebat juga begitu. Segala kuasa masih lagi ditangan Pak Lelah. Sama seperti zaman Tun Mamak. Orang dungu boleh la ditipu tetapi tidak bagi insan-insan yang celik akal dan fikirannya.
Mari kita tinjau badan Pemerintah. Disiniah terdapatnya para menteri, jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan awam, polis, tentera. Diketuai oleh Pak Lelah. Justeru itu timbul persoalan adakah polis benar-benar telus dalam menjalankan undang-undang? Untuk siapa polis ini? Kekedang dalam monolog sinis Jebat, Jebat rasakan polis ini hanya untuk marhaen dan golongan yang tidak mempunyai kepentingan dengan badan pemerintah dan perundangan. Maka jika rakyat melakukan kesalahan, pasti ada tindakan dan Jebat mengucapkan terima kasih atas ketelusan tersebut namun apabila ia melibatkan golongan-golongan tertentu, polis ini ibarat harimau yang tidak bertaring; tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Siapa golongan yang kebal dari undang-undang ini. Idak lain mereka yang menganggotai badan pemerintah yang diketuai oleh PM. Tuduhlah dengan pelbagai tuduhan dan polis akan menyiasat namun diakhir ceritera nanti, polis akan menegluarkan kenyataan bahawa bukti tidak mencukupi untuk mendakwa dan tuduhuan itu tidak berasas. Berapa ramai pemimpin politik BN dan kerajaan yang terlepas.Dari kes merogol hinggalah kepada pecah amanah. Kenapa keadilan ini tidak dapat dilaksanakan? Jawapan nya cukup mudah, kerana golongan ini kebal terhadap polis dan system undang-undang kita. Polis tidak akan melawan taukeh. Ibarat anjing yang tidak akan minggigit tangan yang memberi ia makan. Maka terlepaslah golongan ini. Kini Najib menghadapi tuduhan, Jebat dapat rasakan, dengan segala mekanisme yang ada, maka beliau akan terlepas. Namun perkara ini agak sulit bagi bapa Anwar walaupun beliau tidak bersalah kerana mekanisme yang ada mampu untuk membuat beliau bersalah. Hal ini juga berlaku kepada BPR. Bilamana kes-kes melibatkan orang-oarng awam, maka akan ada keputusan. Ini termasukkalah sesiapa yang tidak menyokong kerajaan, seperti Yong Teck Lee, yang mana segala najis yang dibuatnya dibongkar lantaran membnagkang Pak Lelah. Jika sebelum ini, si Yong itu ibarat bayi yang tidak ada dosa, namun kini beliau lah orag yang paling besar dosanya didalan Malaysia, Kes rasuahnya yang bernilai RM 5 Juta.
Justeru itu Jebat dengan rasa rendah diri mencadangkan agar perlu ada pembaharuan kepada system pemerintahan kita. Cukup lah selama 50 tahun rakyat diperbodohkan. Apa yang perlu dilakukan? Bagi Jebat cukup mudah. Kembalikan kuasa kepada yang hak. Tubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi polis dan BPR. Yang mana kuasa suruhanjaya ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak bagi menjamin integriti dan ketelusan. Pisahkan entti ini dari badan pemerintah agar conflict of interest tidak berlaku. Dan seandai nya ini dilaksanakan, maka tidak aka nada satu golongan pun di Malaysia ini yang kebal dari undang-undang negara. Maka BPR bukan hanya menangkap ikan bilis namun jerung besar seperti KJ, Pak Lelah, Najib, Muhyidin, Yong, Musa Aman, dan ramai lagi akan diberi pengadilan yang yang telus dan jujur.

~~Jebat~~
Jangan biarkan jerung terlepas lagi!!!

4 comments:

Anonymous said...

Masih ada lagi keadilan JIKA kita masih lagi inginkan Keadilan.

Jebat said...

Tidak akan ada keadilan sekiranya kita masih bergantung kepada sistem yang korup.

Ina said...

Thank you for a wonderful blog. There 's always a need for a jebat out there. As you said, raja adil, raja disembah... Is it okay if I use your blog as a link to mine? Alhamdulillah, a university education has given us a broader view of the world. I just hope that those people in kampungs could get the sort of information at our fingertips and not just rely on propaganda TV...sigh...I can only pray that justice WILL prevail, insyaAllah.

Jebat said...

Perjuangan ini sukar kerana ada kemanisan dihujung nya. Jebat tidak ada masalah jika Ina ingin menggunakan pencak ini ini untuk ke blog ina. Lagi ramai lagi besar ruang lingkup untuk kita terus berjuang.