Wednesday, June 4, 2008

Jebat - Satu permulaan

Sejarah menunjukkan bahawa Jebat adalah penderhaka. Mengamuk dan menjatuhkan Sultan Melaka yang berdaulat. Merajai kedaulatan istana Melaka. Nyawa menjadi galang. Seni pencak silat Jebat, memang tiada tandingnya hatta sang Rajuna Tapa pun mengakui bahawa Jebat lenih unggul berbanding Tuah.
Namun siapa yang mampu mengubah takdir, Jebat tewas ditangan Tuah. Se Melaka berpesta kematian Jebat, Tuah disanjung. Sejujurnya, Jebat tidak salah juga tidak betul. Jebat hanya berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan. Tuah juga tidak salah, berpegang kepada prinsip kesetian.
Bilamana Jebat mendeehaka, adakah beliau benar-benar derhaka? Kepada siapa Jebat derhaka? Siapakah yang dibela Jebat? Salahkah Jebat menentang korupsi yang berterusan di Istana Melaka hinggakan Pateh Kerma Wijaya mampu membodek, memfitnah dan memperolok-olok kan Sultan Melaka?
Tuah membunuh Jebat bukan kerana ketangkasan pencak nya. Tuah berjaya kerana kerelaan Jebat yang kecewa melihat orang yang dibelanya masih begitu setia dengan prinsip setia melulu. Jebat merelakan Taming Sari berpindah ke Tuah. Biarpun ada pertembungan, namun sudah jelas, Jebat tidak mahu bertarung. Hanya sekadar pelngkap cerita bahawa biarlah Tuah menang kerana bertarung. Jasad Jebat mungkin hancur dimamah bumi, namun semangat Jebat, kan sentiasa bersama pejuang-pejuang kebenaran. Biarlah sebanyak mana Tuah yang datang, Jebat tetap Jebat.
Semangat Jebat ini akan dibawa dan akan diperjuangkan bagi membentuk satu keadilan dan keamanan. Selamat datang Jebat baru. Semoga kehadiran Jebat, akan dapat memperjuangkan nasib rakyat yang makin tertindas oleh kerakusan Patih Kerma Wijaya moden dan Sultan Melaka baru. Semoga Jebat akan terus melawan walaupun Tuah versi ISA dan Polis makin berleluasa.

'Raja Adil Raja disembah'
'Raja Zalim Raza disanggah'

-Jebat tidak pernah derhaka-

1 comment:

fermentas said...

Tahniah satu permulaan yag baik dan menarik..syabas..berjumpa kita di arena debat..opss!! jgn marah ar..