Tuesday, June 24, 2008

Kasihan Altantuya...


Jebat pernah berdiskusi bersama adinda Jebat yang baru berumur 13 tahun mengenai Altantuya. Ketika diawal-awal kes, Jebat hanya berasakan dia dibunuh disebabkan hubungan dengan Najib. Pada ketika itu, Jebat merasakan, Altantuya ini merupakan perempuan simpanan Najib. Namun dengan sinis adinda Jebat berkata, Altantuya ini dibunuh disebabkan dia mengetahui banyak rahsia kerajaan. Jebat tidak percaya pada mulanya, namun melalui pembacaan Jebat menggunakan media massa yang tidak menjadi anjing kerajaan, ternyata ada kebenaran kata-kata adinda bongsu Jebat itu.

Ketika Pak Lelah dihimpit masalah tsunami politik yang menggila, Najib pula dihantui oleh roh Altantuya yang tidak pernah tenteram. Najib tidak berkata apa-apa. Hanya menafikan penglibatannya dan isteri tercinta dalam kes tersebut. Namun Jebat terfikir, bagaimana pula dengan tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra(RPK) didalam blognya. RPK sudah bersumpah bahawa beliau ada bukti yang mengaitkan Rosmah dalam kes ini. Jebat masih menanti jawapan Najib.

Siapa Rosmah ini pada Jebat? Jebat tidak pernah bertemu dengan Rosmah namun pertalian saudara itu tetap ada. Rosmah ini dua pupu dengan Jebat, namun sepanjang hidup Jebat, belum sekali bersua muka. Menurut sumber rapat Jebat, Rosmah ini seorang yang angkuh, gila kuasa dan boros. Mungkin ingin menjadi Emelda Marcos yang kedua. Inilah wanita yang bakal menjadi wanita pertama Malaysia, itupun jika Najib masih boleh bertahan. Tapi secara logiknya, adakah seorang yang diragui kredibiliti dan dipenuhi skandal mampu menjadi PM?

Disini juga Jebat sertakan laporan rasmi RPK terhadap Rosmah, isteri Najib yang tercinta. Benar kat orang tua, cinta itu buta. Buta Najib kerana Rosmah, Hancur Najib kerana Altantuya.


-Jebat Pembela-

1 comment:

sEmut said...

tahniah.. sy memang menyokong kuat blogger yg bersimpati terhadap nasib gadis mongolia ni.. bukan kerana mahukan publisiti.. tapi kita mahukan keadilan.. kita mahukan jawapan.. sistem kehakiman kita terlalu mengikut telunjuk kerajaan.. dan itu amatlah merbahaya!

nice..clean..blog..peace!